Di dalam kertas kerja majlis pelancaran penubuhan Majlis
Perdagangan Malaysia pada 28 Ferbuari 1991
yang berjudul ‘Malaysia Melangkah Kehadapan’,
mantan Perdana Menteri tun Dr. Mahathir bin Mohammad telah mengemukakan beberapa pandangan beliau
tentang arah pembangunan Negara dan langkah-langkahyang perlu diambil untuk
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara industri yang benar-benar maju
menjelang tahun 2020.Kemajuan ini bukan sekadar meliputi aspek ekonomi,tetapi
juga aspek politik,sosial,budaya,psikologi dan kerohanian.Kemajuan ini bukan
sekadar tiruan negara-negara yang dianggap maju. Pada masa inilah wawasan 2020 telah menjadi buah bicara di
dalam negara ini. Berdasarkan idea pintar mantan perdana menteri kita itu, maka
wujudlah pelbagai dasar dan usaha yang menjurus khas kepada wawasan 2020 ini. Menurut
Perdana Menteri,matlamat menjadikan Malaysia negara maju dan industri tidakakan
tercapai sehingga rakyat dan negara mengatasi sembilan cabaran asasi
yangstrategis,cabaran-cabaran yang telah kita hadapi sejak kelahiran negara ini
sebagai negara merdeka.Cabaran-cabaran ini telah diterima sebagai satu wawasan
yang menjadi panduan dalam usaha membangunkan negara.Wawasan ini yang meliputi
aspek-aspek dalaman dan luaran juga memberi arah tujuan dan matlamat negara
untuk menjadi sebuah negara yang benar-benar maju. Mantan Perdana Menteri juga
merasakan yang cabaran-cabaran ini boleh dipenuhi dalam masa tiga puluh
tahun,iaitu menjelang tahun 2020.Ia dianggap satu jangka masa yang munasabah
dan praktikal berasaskan kemajuan dan pembangunan yang telah dicapai setakat
ini. Mantan Perdana Menteri merasakan Malaysia dapat mencapai wawasan ini
menjelang tahun 2020,dan oleh itu sembilancabaran yang hendak dipenuhi pada
tahun 2020 disebut sebagai Wawasan 2020.
Untuk
menjayakan wawasan 2020 ini, sudah tentu pelbagai halangan,cabaran, dan
rintangan akan dihadapi oleh kita semua. Hal ini adalah kerana, sekiranya usaha ini dilaksanakan
oleh sesetengah pihak sahaja, mana mungkin wawasan 2020 ini dapat dicapai
dengan jayanya. Namun sebagai langkah permulanya, ada beberapa pihak utama
perlu mengambil tindakan secara drastik. Selain daripada kempen-kempen yang
disebarkan melalui media massa, penerapan berkaitan wawasan 2020 ini perlulah
dilakukan sejak di bangku sekolah lagi. Hal ini demikian kerana, di dalam alam
pembelajaran, para belia negara ini akan menyerap segala ilmu yang bersifat
positif mahupun negatif. Oleh itu, warga pendidik perlulah berkerja keras untuk
menjayakan usaha ini. Selain itu, ibu bapa pula janganlaah hanya menyerahkan
tugas ini kepada guru-guru sahaja. Walaupun 70 peratus daripada kehidupan
ataupun aktiviti hidup remaja banyak habis di sekolah, namun ibu bapa perlulah
memainkan peranan sebagai agen penyedaran yang lebih rapat kepada anak-anak
mereka. Secara faktanya, anak-anak akan mudah percaya cakap ibu bapa mereka. Lagi
pula, ibu bapa juga mahu negara ini mencapai misi wawasan 2020 itu. Masakan mereka
mahu duduk diam sahaja. Bak kata pepatah
yang bulat tidak akan datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Maka dari
itu, usaha yang mantap perlulah dilakukan sekiranya mahu, apa yang dihajati
termakbul. Bagi mereka yang beragama, berdoa dan tawakal adalah perlu dilakukan
setelah semua usaha dilakukan.
Untuk mencapai wawasan 2020 ini, matlamat
perlulah jelas agar apa yang diusahakan tidak diragui rakyat dan bukanlah satu
kerja yang sia-sia. Matlamat yang pertama adalah mewujudkan negara Malaysia
bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama: Malaysia mesti menjadi
sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup
dalam keharmonian, bekerjasama sepenuhnya secara adil, dan terdiri daripada
satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada
negara. Ingat malaysia adalah yang mempunyai rakyat yang majmuk dan berbilang
bangsa, dan agama. Oleh itu,penyatuan matlaat yang sama bakal menjadikan negara
ini sebuah negara yang kuat serta menjadi sebuah negara yang dihormati oleh
seantero dunia. Siapa tahu negara kita akan menjadi “roll model” kepada
negara-negara yang belum membangun atau pun yang sedang membangun. Negara jiran
kita indonesia juga mungkin akan menjadikan negara kita contoh utama dan
melupakan segala sengketa yang menjadi batu penghalang negara kita untuk
berdamai selama ini.
Matlamat wawasan 2020 ini yang kedua pula
adalah mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju,
dengan keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada, dengan
apa yang telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat
Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat
sedar akan semua potensinya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh
rakyat negara lain. Matlamat yang jelas sekali
untuk menjadikan negara Malaysia sebagai negara contoh yang paling dihormati. Menjadi
sebuah negara adalah satu usaha yang mengorbankan banyak nyawa di negara ini. Untuk
mencapai kejayaan itu matlamat yang amat jelas telah diagung-agungkan oleh
pejuang negara adalah untuk memerdekakan negara ini daripada jajahan bangsa
penjajah. Maka dengan itu usaha yang tidak berbelah bagi telah ditunjuk dan
dilaksanakan. Namun tidak mungkin untuk menjayakan matlamat wawasan 2020 ini,
sungai darah perlu mengalir di tanah tumpahnya darahku ini. Kali ini, biar
sungai-sungai ilmu dan kejayaan yang mengalir. Pada masa itu, sudah pasti
wawasan 2020 itu bakal menjadi kenyataan dengan mudahnya, dan kita dapat berbangga
dengan apa yang kita telah usahakan itu.
Matlamat yang ketiga adalah mewujudkan dan
membangunkan masyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan satu bentuk
demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahaman matang, berasaskan masyarakat
yang boleh menjadi contoh kepada beberapa banyak negara membangun. Menjadi seseorang
yang matang bukanlah sesuatu yang mudah. Pengalaman adalah guru yang paling
berjaya selama ini untuk menjadikan seseorang itu matang didalam kehidupannya. Matang
dalam berfikir adalah sesuatu yang amat penting, apabila kita menjdi matamg
didalamberfikir, maka setiap keputusan yang bakal dilakukan akan bersifat
matang dan pasti akan dapat diterima
umum. Masyarakat yang demokratik sememangnya diperlukan untuk menjayakan wawasan
2020 ini. Oleh itu pemikiran dan pelaksanaan yang berbentuk matang diperlukan sama
sekali. Dengan itu bentuk demokrasi yang diperlukan sudah tentu akan dapat
diwujudkan. Pada masa itu nanti, sudah pasti segala usaha yang telah dilakukan
akan menjadi sesuatu yang amat bermakna dan tidak akan dilupakan sama sekali. Berfikiran
matang dan mengamalkan demokrasi didalam kepimpinan adalah contoh kejayaan
pemimpin dan rakyat yang dipimpin itu.
Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya
bermoral dan beretika, dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dan
kerohanian dan didukung oleh nilai etika paling tinggi. Masyarakat yang
bermoral adalah sesuatu yang amat penting. Tanpa moral yang baik maka bakal
berlakulah pelbagai perkara yang kita tidak ingini. Antaranya pembunuhan,
penderaan dan sebagainya. Beretika juga tidak kurang pentingnya, dengan adanya
etika yang telah diterapkan dalam diri, maka segala kerja yang dilakukan akan
tersusun dan berada dilandasan yang benar. Oleh itu, untuk mewujudkan etika dan
moral yang tinggi, maka nilai agama dan kerohanian perlulah diterapkan didalam
diri remaja sekarrang. Secara faktanya,
tidak ada satu pun agama yang wujud didunia ini membenarkan penganutnya
bertindak tanpa moral dan etika. Bertindak tanpa moral dan etika adalah haiwan.
Hal ini adalah kerana haiwan tidak mempunyai akal seperti manusia dan haiwan
juga mungkin tidak memiliki kefahaman agama seperti manusia. Penghayatan nilai
keagamaan yang tinggi dalam jiwa seseorang itu, akan mengakibatkan secara tidak
langsung penganutnya akan berfikir secara rasional dan moral yang tinggi berserta dengan etika yang
jelas kefahamannya.
Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak
ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan,
dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan
mereka kepada satu negara. Dalam pengamal agama yang bebas di negara ini, maka
dikehendaki rakyat-rakyatnya menghormati satu sama lain. Sebagai rakyat Malaysia
yang bersifat matang dan bermoral serta beretika tinggi, menghormati agama lain
itu adalah sesuatu yang amat diperlukan dinegara ini. Kepada sesiapa yang mengamalkan intipati benar yang
terkandung didalam agama masing-masing maka dengan itu sudah pasti mereka akan
sedar akan seiap perlakuan yang mereka lakukan adalan sesuatu yang bakal
mengakibatkan kesan secara langsung ataupun tidak langsung di bumi ini. Oleh it
sebagai rakyat Malaysia, kesedaran dalam menghormati agama masyarakat lain
dinegara ini amatlah diperlukan sama sekali. Masyarakat majmuk sudah jelas
dikatakan sebagai masyarakat yang berbilang bangsa, agama, budaya dan
bahasanya. Itulh kelebihan dan keunikan Malaysia itu. Hal inilah yang telah
menyebabkan mantan perdana menteri kita memikirkan akan wawasan 2020 ini. Berfikir jauh kehadapan itulah kelebihan yang
terdapat pada tun Dr. Mahathir Mohammad.
Matlamat yang keenam pula adalah mewujudkan
masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan
tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi
tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan. Berfikiran
jauh kehadapan, sesuatu yang bukan lagi mustahil untul dilaksanakan. Dapat kita
lihat kejayaan tun Dr. Mahathir dalam cara beliau memimpin barisan bangsa
melayu dan serumpun dengannya dinegara ini. Beliau berfikir jauh
kehadapan, terlalu jauh sehingga tiada
sebarang keraguan dapat diungkit lagi apabila apa yang beliau fikirkan itu
mendatangkan hasil yang lumayan sekali. Sebagai rakyat Malaysia yang bermoral
dan beretika kita seharusnya mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau akan
segala yang telah beliau usahakan dahulu telah memberi sejuta kemudahan kepada
masyarakat di negara ini. Hasil daripada usaha beliau itu telah menyebabkan
wujud pelbagai golongan belia dan bangsa yang telah maju kehadapan. Merialisasikan
usaha mustahil adalah perkara yang amat sukar sekali dilaksanakan. Penghasilan bangsa-bangsa
pintar dinegara ini, bukanlah hasil daripada diri individu itu semata. Kesedaran
perlulah digarapkan didalam diri. Siapa yang telah menyediakan segala
persediaan ini? Mari kita fikirkan bersama-sama. Pemimpin manakah yang telah
mewujudkan begitu banyak penghasilan teknologi di negara ini. Pembawaan ilmu-ilmu
penggegar dunia ini. Walaupun ada kalanya hanya idea beliau sahaja, namun tanpa
idea mana mungkin pelaksanaan akan dilakukan. Setiap pelaksaan itu memerlukan
idea dan kertas kerja yang baik serta
mantap barulah usaha untuk melaksanakannya akan dilakukan. Oleh itu, belia-
belia perlulah sedar sekarang. Pengamalan masyarakat berilmu amatlah penting
kerana dengan ilmu sahaja perubahan yang besar dapat kita terokai dengan mudah.
Ingatlah teknologi adalah sesuatu perkara yang amat mudah berubah dsan maju
kehadapan kerana ini adalah hasil kerja tanagn manusia yang mengamalkan ilmu
yang telah merka pelajari dengan betul dan terbaik.
Mewujudkan
masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang
mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan
tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem
keluarga yang kukuh. Masayarakat penyayang adalah sesuatu perkara yang disukai
oleh semua orang. Pelaksaan sesuatu yang bersifat positif dan negatif itu
adalah daripada kepimpinan keluarganya
sendiri. Keluarga penyayang akan menghasilakan anak-anak yang baik serba segalanya. Manakala sebaliknya kita
dapat ungkapkannya sendiri. Sistem sosial yang cemerlang dapat membawa kita
menuju kearah wawasan 2020 dengan jayanya. Sistem sosial sesebuah negara itu
perlulah berada didalam keadaan yang cemerlang sekali. Jika kita lihat semula
sistem sosial yang digunakan pada zaman kesultanan melayu Melaa dahulu dapat
kita lihat contoh sistem sosial yang berjaya sekali. Dimana semua pihak
mementingkan masyarakat sekelilingnya. Segala yang berlaku adalah tanggungjawab
bersama. Hal itulah yang telah menjadi intisari pengwujudan wawasan 2020 itu.
Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang
ekonomi. Ini merupakan masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara
secara adil dan saksama, dengan wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap
rakyat dalam perkembangan ekonomi. Disini dapat kita lihat secara sistem
perkongsian sama rata dan sikap tidak senang melihat orang lain susah sedangkan
diri sendiri hidup senang lenang. Keadilan didalam ekonomi dapat dicapai
setelah masalah rasuah dapat dihapuskan secara seratus peratus. Sifar rasuah
bermakna masyarakat telah berjaya mengawal ekonomi dengan carayang adil dan
saksama. Sekiranya semua orang telah senang di negara ini, maka masalah seperti
kes rompakan, pengculikan dan sebagainya dapat dikurangkan lantas terhapus sama
sekali dibumi Malaysia ini. Hal ini kerana kejahilan ini sering berlaku lagi
kerana sikap tidak puas hati sesama bangsa sendiri. Inilah masalah yang telah
menyebabkan zaman kesultana melayu dahalu runtuh ditelah kerakusan bangsanya
sendiri yang tamakhaloba akan harta. Sekiranya masalah seperti ini dapat kita
hapuskan, maka wawasan 2020 yang
diimpikan akan terlaksana secara jayanya dan lebih baik daripada apa yang
dijangkakan.
Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai
ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental. Masyarakat makmur menggambarkan
sebuah negara yang aman sejahtera, tanpa
sebarang masalah yang membebankan negara itu. Sememangnya tidak ada negara akan
dapat lari daripada sebarang masalah, tidak kiralah dari segi maalah ekonomi
hinggalah ke masalah politik, namun pengwujudan wawasan 2020 ini adalah
menjurus kepada penghasilan negara yang mempunyai masyarakat yang makmur dimana
tiada sebarang konflik perkauman mahupun agama. Masyarakat yang bersaing secara
sihat didalam arena perniagaan dan pemilikan ekonomi. Meskipun kita masih belum
mampu untuk menjadi sebuah negara yang memonopoli ekonomi dunia, namun
sekiranya sistem kawalan ekonomi di dalam negara kita teratur dan dapat
mengelakkan masalah inflasi serta lambakan tenaga kerja maka ekonomi negara
kita akan berada di dalam keadaan yang cemerlang. Pada masa itu, persaingan
yang sihat pula diperlukan, perasaan hasat dengki yang menjadi duri dalam
daging masyarakat melayu sejak masa dahulu lagi perlulah dihapuskan. Hal ini
demikian kerana sikap atau sifat saling dengki mendengki ini mampu menghancur keharmonian masyakarat
seterusnya menghancurkan kesejahteraan nagara. Sekiranya perkara sebegini
berlaku maka wawasan 2020 itu hanyalah wawasan semata-mata.
Konklusi wadah bicara ini dapat dilihat
dimana, matlamat yang jelas telah mengakibatkan usaha yang mantap dalam
mengejar cita-cita negara. Impian yang gah di mata dunia ini sememangnya
perlulah direalitikan. Hal ini kerana terdapat beberapa negara diluar sana
telah memandang rendah pada negara tercinta kita ini. Bagi mereka wawasan 2020
ini hanyalah mimpi disiang hari. Maka dengan itu, sebagai rakyat yang cinta
akan negara marilah kita bersama-sama berkerja keras untuk menggapai impian
yang tinggi melangit ini. Janganlah jadi seperti Mat Jenin yang hanya tahu
berangan-angan sahaja. Namun tiada usaha yang mengekori angan-angan itu. Kejayaan
wawasan 2020 ini adalah kejayaan yang bakal dinikmati bersama. Maka dengan itu
semangat kerjasama perlulah digarapkan di dalam jiwa masing-masing. Semoga wawasan
2020 ini menjadi realiti dan ini bakal menjadi sebuah cetusan peradaban tamadun
melayu Malaysia.