ASSALAMUALAIKUM........
Hai2..skian lama aku tak update blog coz terlalu bz kan... ha3.. so ni aku Update ngan my new story.. and for korg aku ada wat novel ni, p msih dlm pembikinan.. so aku juz nk kowg bg feed back tntg sdikit bab 1 novel ni.... kowang kan pengkrtik terbaik y aku pnah knal... juz utk sesiapa y mmg rjin utk mmbaca la kan.... he3... so juz comment OKAY, LAU kamu suke membaca LAH....
SELAMAT MEMBACA!!!
“ Jangan Jiwa, Jangan
lakukan perkara ini.” Pinta Firdaus.
Jiwa hanya diam
membisu. Matanya menyala-nyala. Amarahnya tidak dapat lagi dibendung. Tiba-tiba hanya suara mengerang yang kedengaran. Firdaus pula lebih
cenderung menjadi seorang penonton. “
Jiwa jangan!” jerit Firdaus. “ Jangan!”
jerit Firdaus lagi. Namun Jiwa hanya tersenyum lantas tertawa. Ketawa itu
kedengaran jahat sekali. Seperti orang yang kepuasan. Firdaus menggeletar.
“ Abang jom balik.”
Pinta jiwa. Jiwa tidak berasa bersalah
sedikit pun, walau perlakuannya itu melepasi batas-batas perlakuan manusia
biasa. Firdaus duduk terpaku. Tanpa disedari, air matanya jatuh membasahi bumi.
Perlahan-lahan firdaus bangun dan menghampiri
jiwa. Kelihatan pakaian dan
tangan jiwa dipenuhi darah. Firdaus buntu. Firdaus memberanikan diri
melihat mayat yang berada dihadapannya itu. Ia kelihatan sungguh mengerikan.
Muka mayat itu hancur.
“ Tidak!” jerit
Firdaus. Rupanya-rupanya dia sedang bermimpi. Perlahan Firdaus bangun dari
katilnya. Badannya berkeringat. Nafasnya
tidak teratur. Firdaus kelihatan seperti baru lepas berlari. Dadanya
berombak. Masa berganjak kehadapan, kini
Firdaus dapat menenangkan dirinya. Matanya terus melihat jam yang tergantung
kemas di dinding biliknya. Masih terlalu awal untuk dia solat. “baru pukul 5
pagi.” Guman hatinya. Sekotak rokok dicapai. Dia mengeluarkan sebatang rokok,
lalu dibakar puntung rokok itu. Asap
berkepul-kepul keluar dari rongga mulutnya. Kini ketenangan dapat diraih. Akalnya
kini tertumpu pada mimpi tadi.
Berkerut-kerut dahinya mengingat semula rentetan mimpi itu. Terasa segalanya seperti
benar belaka. Firdaus tahu mimpi ini sudah kerap menyinggahi tidurnya.
“ Jiwa? Siapa dia?”
Firdaus masih tercari-cari disegenap akalnya. Semakin dikerah, semakin sakit
kepalanya. Ubun-ubun kepalanya berdenyut.
Suasana di dalam
ruang pejabat Harian Metro ini agak
sepi. Kelihatan hanya beberapa pekerja sahaja yang baru tiba. Termasuklah
Firdaus. Tidak jauh dari kedudukan Firdaus, kelihatan Syakira sedang memerhatikan
gerak-geri Firdaus. Firdaus ke kanan, maka anak matanya akan ke kanan. Firdaus
ke kiri, ke kiri jugalah anak matanya. Jiwa Syakira berdebar. Syakira merupakan pekerja baru di syarikat
ini. Dia baru tiga bulan bekerja disini. Menjadi wartawan merupakan impiannnya
sejak dari kecil lagi. Tanpa diduga, Firdaus memandang kearah Syakira. Lama dia
merenung gadis comel itu, lalu dia tersenyum. Syakira merasakan bahawa Firdaus seperti
tahu bahawa dia sedang memerhatikannya. Muka Syakira kemerahan menahan rasa
malu. Syakira terus melemparkan pandangannya ke arah monitor komputer.
Waktu semakin
berganjak pergi. Detik jam masih sekata geraknya. Putaran masa juga masih
berada dipaksinya. Semua pekerja tekun melakukan kerja masing-masing. Begitu
jugalah Firdaus. Tangan Firdaus rancak menaip. Jarinya seperti menari-nari
diatas papan kekunci. Sebagai wartawan senior beliau haruslah menunjukkan sikap
yang bagus kepada pekerja yang masih baru. Firdaus merupakan seorang wartawan
yang terbaik di syarikatnya. Banyak anugerah kewartawanan telah diterima oleh
Firdaus. Tidak kurang juga anugerah yang telah diterima syarikat kesan daripada
hasil kerjannya. Firdaus semakin galak menaip. Baginya kerjanya harus dilakukan
dengan cepat agar tidak menyusahkan rakannya di bahagiaan cetakan. Matanya
sedikit pun tidak berganjak dari monitor komputer. Tiba-tiba Firdaus telah
dikejutkan.
“ hey, Firdaus, bos
nak jumpa.” Tegur Azman sambil menepuk bahu Firdaus. Hampir luruh jantung
Firdaus. Azman tersenyum apabila melihat
keadaan Firdaus yang terkejut sebegitu. Baginya perkara itu melucukan.
Tiba-tiba senyuman Azman mati, Firdaus menjeling kepadanya. Jelingan itu amat
menakutkan. Azman terkedu.
“Kes pembunuhan?”
Syakira terkejut. “ Encik Hanafi, saya baru lagi. Mana mungkin saya mampu cover cerita macam ini.” Jelas Syakira.
Baginya kes seperti ini hanya mampu dicover
oleh wartawan senior dan berbakat seperti Firdaus. Dia lebih gemar menulis cerita tentang artis
sahaja. Baginya dunia artis merupakan suatu cerita yang tiada penghujungnya.
Hanafi hanya tersenyum takala Syakira mengomel. Sebenarnya Hanafi meminati
Syakira. Semuanya berlaku pada awal perkenalannya dengan Syakira lagi. Hatinya
telah terpaut.
“ Syakira ini saya
kenalkan, En. Hanafi pembantu editor disyarikat kami. Dan ini pula Firdaus,
merupakan wartawan terbaik disyarikat ini.” Jelas Encik Mustafa Omar. Beliau
merupakan editor bagi syarikat harian
metro ini. Hanafi tersenyum ketika melihat wajah ayu Syakira. Seyumannya jelas
sampai ketelinga. Tiada siapa yang tahu apa yang sedang bermain difikirannya. Manakala
Firdaus pula, hanya mengangguk lembut.
Tiba-tiba, pintu
bilik diketuk. Pecah bertaburan memori yang sedang bermain difikiran Hanafi.
Hilang juga senyuman yang sedang terukir.
Hanafi melepaskan satu hembusan nafas
yang kuat. Setelah itu, dia berlagak tenang. Syakira juga terkejut. Dia juga
sedang mengelamun. Mengelabah dia. Syakira takut perlakuannya itu diperhatikan
majikannya. Dia malu sendiri. Segala memori yang bergayut indah difikirannya
tadi hilang dengan serta merta, ibarat ditiup angin yang kuat. Ianya hilang
entah kemana. Namun apa yang difikirkan oleh Syakira hanya dia sahaja yang
tahu.
“ Masuklah.” Jawab
Hanafi.
Terbuntang mata
Syakira ketika melihat Firdaus sedang melangkah masuk.
“ Hah, Firdaus? Apa
lak yang dia nak?” Syakira berdebar-debar. Sekilas mata Firdaus memandang Syakira.
Senyuman Firdaus terukir. Syakira pula, masih juga terkedu. “ Hah!Ada apa kau panggil aku Hanafi, eh! En.
Hanafi?” sedikit ketawa kecil kedengaran
dari Firdaus. “ macam ada kes baru?” soal Firdaus pula.
“ Sebab adalah aku panggil kau, aku nak kau
dan Syakira jadi partner, cover kes
ni.” Sambil menyerahkan fail kes kepada Hanafi. Mereka berdua masih bersikap profesional dalam kerja. Walaupun
mereka merupakan sahabat rapat. Perlahan-lahan Firdaus membaca ringkasan dan
laporan dari kes ini.
“ Menarik kes ini
Hanafi, dan mencabar pun ye juga.” Jelas
Firdaus sambil memandang kepada Syakira sambil mengenyitkan mata. Firdaus tersenyum. Syakira semakin
berdebar-debar. Dia mengangguk perlahan-lahan dengan senyuman yang
dipaksa-paksa. “Baiklah saya rasa anda berdua sudah faham dengan tugasan anda, so apa lagi let’s your work begins.” Hanafi menepuk-nepuk bahu Firdaus, sambil itu
dia juga menjeling kearah Syakira.
“ Saya rasa kamu
sudah faham dengan tugasan kamu, tapi ingat Inspektor Sharmila Othman, kes ini
bukan seperti kes pembunuhan biasa.” Jelas MUSA MOHAMMAD. Dia merupakan seorang
pegawai polis berpangkat tinggi juga merupakan ketua unit ini. Musa yakin tugas
ini dapat diselesaikan oleh Inspektor Sharmila.
“ Abang.” Panggil
Jiwa lembut. “ ye dik.” Jawab Firdaus. “salah ke apa yang Jiwa buat tu?” soal
jiwa. Dia tersenyum ketika menyatakan perkara tersebut. Firdaus hanya terdiam.
Tiada apa yang mampu dia katakan. Membunuh adalah satu perlakuan yang salah di
sisi undang-undang mahupun agama. Firdaus sedar. Lama Firdaus terdiam. “ Tapi
dik, dia bersalah kepada kita. Tak kan
adik lupa?” perlahan suara Firdaus namun jelas ketegasannya , dan
perlahan-lahan juga jiwa mengangguk membenarkan kata-kata abangnya itu.
Peristiwa hitam yang
membelenggu keluarga haji Osman sudah lama berlalu. Kelihatan pasangan suami
isteri ini menjalani hidup mereka seperti biasa sahaja. Bagi mereka, apa yang
berlaku adalah takdir yang MAHA ESA.
“ Minum bang.” Tegur
Hajjah Salmah sambil menuangkan air teh yang masih hangat. Hajjah Salmah
merupakan seorang isteri yang cekal. Bahkan dialah yang menjadi pakar motivasi
ketika suaminya bersedih akibat kematian anak bongsu mereka itu. Namun di dalam
watak yang cekal, hanya dia sahaja yang mengetahui apa yang tersirat dihatinya
itu. Haji osman tersenyum ketika melihat isterinya. Mereka masih mesra seperti
pasangan yang baru bercinta. “ Petang ni tuan haji tak pergi ke mana-mana?
Selalu petang sebegini abang duduk di warung janda hujung simpang sana.” Jelas
Hajjah Salmah. Haji osman ketawa. “ eh abang ni ketawa pula dia.” Rajuk Hajjah
Salmah. “ hai, hajjah Salmah oi, cemburu ke?” haji osman ketawa lagi. “ Sayang,
walaubagaimana cantik pun janda tu, tetapi kamu jugalah yang paling cantik
dalam hati abang.” Perli haji Osman.
“ sayang? Geli saya
bang. Sedar sedikit ye, kamu tu sudah jadi barang antik. Perkataan sayang tu
dah tak sesuai keluar dari mulut abang.” Hajjah salmah mencubit peha suaminya.
“ eh why not. Baru romantik.” Haji Osman tertawa lagi. “ Antik-antik pun, pujaan malaya ni.
Tapi kamu juga yang beruntung cik Salmah oi.” Jelas Haji Osman sambil memegang
tangan isterinya. Hajjah Salmah tersenyum. Begitulah kehidupan seharian mereka.
Seperti merpati dua sejoli. Cinta mereka mekar hingga ke hari ini. “ abang
agaknya apa yang Firdaus sedang buat sekarang ye?” Tiba-tiba soalan itu keluar
dari mulut hajjah Salmah. Haji Osman
memandang jauh kehadapan. “ Entahlah Salmah.
Mungkin tengah di pejabatnya lagilah tu. Macamlah awak tak tahu kerja dia macam
mana.” Jawab Haji Osman.
“ Abang rasa, dia sudah boleh terima ke tentang
Jiwa tu?” soal Hajjah Salmah. Soalan Hajjah Salmah itu ibarat api kecil yang
mahu menghidupkan semula memori hitam yang lama tersimpan didalam kotak sejarah
keluarganya itu. Mereka berdua membisu.
Masing-masing membiarkan jawapan itu bermain-main difikiran. Dan jawapan yang
tepat hanyalah boleh dijawab oleh Firdaus sendiri.
“ Sudin, Kamal ada
apa-apa perkembangan?” soal Sharmila. “ Belum ada apa-apa lagi lah puan.
Semuanya masih dalam penyiasatan kami lagi.” Jawap Kamal. Kamal merupakan seorang pegawai polis berpangkat
kecil. Walaupun umurnya lebih tua dari Inspektor Sharmila. Sudin juga sama
pangkatnya dengan Kamal. “ emm...
nampaknya susah juga kes kali ni puan. Macam-macam kami dah lakukan puan, tapi,
hasilnya masih...” kata-kata Sudin dicantas oleh Sharmila. “ sudah-sudah,
jangan nak mengeluh pula. Jangan putus asa, usaha lagi semampu yang boleh.”
Jelas Sharmila. Ketegasannnya dalam menjalankan tugas menyebabkan dia dipilih
untuk mengendalikan kes sebegini.
Azan isyak
sayup-sayup kedengaran di kota metropolitan ini. Namun Kuala Lumpur tetap
kelihatan sibuk dengan banjiran manusia . Ada marga yang menuju ke masjid yang
berhampiran ada juga yang tetap mengejar hal duniawi. Langit yang gelap pula
semakin kelam. Perlahan-lahan
rintik-rintik air jatuh ke bumi. Hujan mula membasahi bumi. Dari jauh,
kelihatan ramai orang yang berlari-lari mencari tempat berteduh. Sharmila
Othman pula membisukan diri. Pelbagai perkara yang difikirkannya. Hujan yang
membasahi bumi tidak dihiraukannya lagi. Udara sejuk yang keluar dari penghawa
dingin keretanya itu sedikit pun tidak memberi kesan kepadanya. Kini
akalnya jauh menerawang ke alam yang
tiada penghujungnya.
“ Tapi mak, Mila nak
jadi polis. Mak tolonglah faham. Ini cita-cita Mila.” Tesedu-sedu Mila menahan
tangisnya. Air mata jernihnya mengalir ke pipinya yang mulus itu. “ Mila, apa
salahnya nak jadi cikgu? Besar juga jasa cikgu ni.” Balas Suhana. Suhana boleh
diibaratkan seperti seorang ibu tunggal.
Bukan ibu tunggal yang sudah kehilangan suami, namun ibu tunggal yang menyara
suaminya sekali. Orang kampung semuanya sudah tahu akan sikap suami Suhana yang
berubah secara mendadak itu. Dahulunya dia baik, namun tiada siapa pun yang
tahu mengapa suaminya itu berubah sikap. Semuanya ini berlaku lebih 20 tahun
yang lalu. “ mak tidak kira, mak nak kau jadi cikgu juga. Faham Mila?” Sharmila
tersentak. Dia seperti terjaga dari tidur. Rupa-rupanya dia hampir-hampir
melanggar sebuah kereta dihadapannya. Tiba-tiba, seorang lelaki keluar dari
kereta itu dengan wajah yang tegang sekali.
“ Hah! Ini salah kau
lah Man! Kenapalah kau pergi bunuh budak
tu?” Marah Jupri. Keluhan berat dilepaskan. Amarahnya dilepaskan dengan
membaling tin minuman yang berada di tangannnya. Terpercik sisa air yang berada
di dalam tin minuman tersebut. Wajahnya nampak begitu tegang. Apa yang telah
berlaku sebentar tadi merupakan sesuatu yang berada di luar jangkaannya. Dalam
masa yang sama, ketakutan telah menjalar
disetiap pelusuk tubuhnya.
“ Baru bunuh sorang
dah bising, pengecut betol.” Monolog Herman. Baginya, rakannya itu seorang yang
penakut. Namun, dia hanya berdiam diri, membiarkan rakannya itu diam dengan
sendirinya apabila penat nanti.
Lamunan Herman mati
serta merta apabila Jupri duduk disebelahnya. Dia belagak seperti tiada apa
yang berlaku. “ Apa kau baca tu Man? Khusyuk je aku tengok.” Tegur Jupri. Jupri
menggosok-gosok matanya. “ Ni ha, cerita fasal kita kot. Polis cari orang yang
bunuh budak tu.” Jelas Herman sambil menunjukkan gambar yang tertera di akhbar
harian metro di tangannya itu. Serta merta Jupri tergamam. Ketakutan
menghantuinya semula.