Friday, October 28, 2011

MISTERI MASA

OKLAH, kali ini aku nak kongsi dengan anda semua tentang masa. MASA!!! banyak yang dapat kita ceritakan tentang masa, masa silam, masa gembira sedih, masa yang disia-siakan, dan masa akan datang. Tetapi kali ini aku nak share kat korang semua tentang masa akan datang. Banyak cerita yang dapat kita bualkan jika topik masa akan datang ini dibentang. Ianya bukan sahaja di ruang-ruang dunia tanpa sempadan ini, malah warung-warung kopi dan di mana-mana sahaja isu ini hebat diperdebatkan. Namun adakah kebenaran dapat diperolehi daripada setiap cerita itu? Ha! mari kita fikirkan bersama. MASA adalah kuasa ALLAH untuk ummat islam, dan bagi manusia yang berpegang kepada agama,, MASA adalah hak tuhan masing-masing. Sekiranya manusia biasa diberi hak untuk memiliki kuasa memanipulasikan masa, maka ianya bukan lagi kuasa Allah ataupun Tuhan. Berdasarkan daripada surah khafi yang terdapat didalam al-Quran, ianya menceritakan tentang beberapa orang sahabat yang ditidurkan oleh Allah, dan mereka tertidur dalam satu masa yang sangat lama. Sehingga mereka merentasi beberapa peradabaan manusia. Hal ini dijelaskan hanya Allah sahaja yang mampu memanupulasikan masa.
    Kawan-kawan sekalian, jelas disini menukjukkan bahawa masa bukanlah urusan manusia. Sememangnya terdapat beberapa cerita yang hebat  berkenaan masa diperdebatkan diruang legar maya ini namun, fakta yang diberikan oleh para-para PERENTAS MASA ini masih lagi diragui walaupun mereka berusaha menegakkan BENANG YANG BASAH ini. Rakan-rakan tidak berasa aneh? Mengapa  cerita berkenaan merentasi masa ini hanya dihebahkan oleh manusia-manusia yang tinggal di BARAT sana. Tidak pula orang-orang daripada asia ataupun orang-orang arab yang merentasi masa. Hairan bukan??? Saya tidak mahu mengupas cerita ini dengan lebih lanjut  lagi. Sekarang saya memberikan rakan-rakan satu peluang untuk berfikir tentang masa ini. Saya bukan sesiapa, hanya manusia biasa seperti anda semua, Maka marilah kita berfikir bersama, mampukah manusia mencipta sesuatu berkaitan dengan masa selain JAM???
      Akal yang diberikan jangan disalah guna, otak yang dikurniakan mari guna semaksimanya. sekian..

1 comment:

copyright by @ eusuffcarlworld sebarang peniruan adalah tidak dibenarkan