OP....op..op...op...PA GANGNAM STYLE~~~ HAHAHAHA
ASSALAMUALAIKUM~~~
amboi sekarang ni, fenomena #OGS (oppa gangnam style) makin menjadi2. kalau boleh semua orang nak ikut apa yang si PSY tu buat... ada yang buat parody sejebik macam official video lagu tu...
ENTRY kali ini bukanlah dihasilkan untuk mencemuh apa yang dorunk buat kat blog2 mereka tu.hahaha... apa yang aku tulis ni cuma apa yang terlintas kat otak aku.
#OGS sgt hbt penangan dia... bukan setakat mendapat sambutan hangat di KOREA, malah di seluruh dunia juga. MAKA dengan itu lah... ULAMA2 islam mengeluarkan nasihat2 bahawa #OGS adalah lagu SYAITON! (dengan itu, org islam xdibenarkan dgr or melihat VC lgu tu)...
DALAM masa y sama, ada lak budak2 y xsetuju ni mencemuh apa yang dikatakan oleh para cendiakawan islam ni... so keputusanya? pikirlah sendiri ek...
tapi apa yang suf tgok pon sgt menjadi-jadi org2 melayu follow apa y si PSY wat tu... tapi bagi suf, tak apa lah selagi apa yang dorunk buat tu tak mlanggar hukum hakam islam dan fitrah manusia..biar lah kita berfikiran terbuka dan berfikiran positif.
setakat ini lah entry suf okay~ panjang dah ni.. kalau ada yang baca sampai habis ni.. korang memang hebat... sebakul tepukan suf hadiahkan.. hehehehe
Saturday, September 15, 2012
Friday, September 14, 2012
:: buang bosan anda ::
assalamualaikum~~~ (kerajinan menjengah)
Menyalahkan kekusutan jiwa bukanlah langkah yang bagus untuk menghilangkan stress atau kebosanan.
apa kata korang semua buat perkara2 yang korang tak pernah buat... tapi janganlah buat perkara yang menyusahkan diri sendiri dan orang lain.
ini adalah salah satu cara untuk aku menghilangkan kebosanan.
1) menyanyi sambil bermain gitar.
2) mengambil gambar bersama kamera kawan2 (hahaha)
3) kuar dengan kawan2.
au tak adalah nak korang ikut apa yang aku buat ni, tapi just bagi korang bukak sikit minda korang tu... jangan terhadkan perkara yang korang nak lakukan. juz do it ok.
tapi malam ni aku rajin lak nak mengabadikan perasaan aku dalam bait2 indah. harap korang tak kesah... mcm ada yang nak baca jer kan~~~ ^^,
kayuhan kaki ku semakin pantas,
bukan mahu mengejar,
hanya mahu menukar hala tuju diri,
jauh sudah aku menghilang,
bukan tersesat,
hanya hanyut dek ombak hitam.
mata mengecil, telinga merincing.
mana jalannya.
tiada juga petunjuknya,
kabus berada dimana,
ayah,ibu tolong aku.
mana mereka semua?
apa ini takdirku?
tolong aku ya tuhan.
Menyalahkan kekusutan jiwa bukanlah langkah yang bagus untuk menghilangkan stress atau kebosanan.
apa kata korang semua buat perkara2 yang korang tak pernah buat... tapi janganlah buat perkara yang menyusahkan diri sendiri dan orang lain.
ini adalah salah satu cara untuk aku menghilangkan kebosanan.
1) menyanyi sambil bermain gitar.
2) mengambil gambar bersama kamera kawan2 (hahaha)
3) kuar dengan kawan2.
au tak adalah nak korang ikut apa yang aku buat ni, tapi just bagi korang bukak sikit minda korang tu... jangan terhadkan perkara yang korang nak lakukan. juz do it ok.
tapi malam ni aku rajin lak nak mengabadikan perasaan aku dalam bait2 indah. harap korang tak kesah... mcm ada yang nak baca jer kan~~~ ^^,
kayuhan kaki ku semakin pantas,
bukan mahu mengejar,
hanya mahu menukar hala tuju diri,
jauh sudah aku menghilang,
bukan tersesat,
hanya hanyut dek ombak hitam.
mata mengecil, telinga merincing.
mana jalannya.
tiada juga petunjuknya,
kabus berada dimana,
ayah,ibu tolong aku.
mana mereka semua?
apa ini takdirku?
tolong aku ya tuhan.
:: kawan selamanya ::
hye3... assalamualaikum semua.....
senyum bak mutiara menyinar,
menujah rasa bahagia dijiwa,
ibarat teman dikala duka,
penghibur dikala suka,
aku bukan sesiapa,
hanya daunan kering,
yang basah takala embun menjelma,
kau pula matahari,
menerangi alam maya raya,
kering daunan basah itu,
segar rasanya.
tiba saat takdir masanya,
aku terbang bersama angin,
melihat indahnya jagat raya,
namun itu hanya sementara,
aku tidak lagi punya upaya,
kelam rasa,
kelat diluah,
pahit juga terpaksa ku terima,
sudah tiba masanya,
daun kering menjadi debu,
hilang bersama udara.
puisi luahan aku ini hanya lah untuk meluahkan segala yang aku pendam. mungkin aku je yang paham apa yang aku tulis. tapi kalau ada baca puisi ini sampai habis, terima kasih lah sebab korang memang hebat~hahahha
senyum bak mutiara menyinar,
menujah rasa bahagia dijiwa,
ibarat teman dikala duka,
penghibur dikala suka,
aku bukan sesiapa,
hanya daunan kering,
yang basah takala embun menjelma,
kau pula matahari,
menerangi alam maya raya,
kering daunan basah itu,
segar rasanya.
tiba saat takdir masanya,
aku terbang bersama angin,
melihat indahnya jagat raya,
namun itu hanya sementara,
aku tidak lagi punya upaya,
kelam rasa,
kelat diluah,
pahit juga terpaksa ku terima,
sudah tiba masanya,
daun kering menjadi debu,
hilang bersama udara.
puisi luahan aku ini hanya lah untuk meluahkan segala yang aku pendam. mungkin aku je yang paham apa yang aku tulis. tapi kalau ada baca puisi ini sampai habis, terima kasih lah sebab korang memang hebat~hahahha
Thursday, September 13, 2012
:: hijrah artis::
assalamualaikum...wbt...
hey3.. apa kaba semua ni..hahaha.. entry kali ni plik sikit drpd etry2 y lepas.. nak gosip2 sikit lah.... sekarg ni ramai artis atau celebriti dah berhijrah ke arah y lbh baik... bkn setakat brhijrah dr kampung ke bndar atau dr bandar ke kampung... hehehe....
rasa respect tu memang ada lah kat dorunk sbb mereka berubah kearah kebaikan... tp apa yang suff xsetuju tu... sikap mereka yang membuka keburukan kwan2 mereka secara jelas dan menyalahkan rakan2 mereka.... itu tidak sepatutnya dilakukan... islam tidak menggalakkan kita utk mmbuka aib saudara sesama islam mahupun bukan islam... elakkan lah diri kita utk melakukan kesalahan yang kecil.... elakkan dari menghasilkan fitnah2...
entry ini utk memuhasabah diri sendiripun... sebab bnyk kelemahan kat diri ni... hu3... ok lah nk tunjk skit wajah2 saudara sesama islam kita y berhijrah....
p/s; : kalau artis berhijrah perh masuk blog.. lau pak man kat kg korang berhijrah... tak masuk mana2 pon.. hu3hahahaha... ok see yah.. hehehe
hey3.. apa kaba semua ni..hahaha.. entry kali ni plik sikit drpd etry2 y lepas.. nak gosip2 sikit lah.... sekarg ni ramai artis atau celebriti dah berhijrah ke arah y lbh baik... bkn setakat brhijrah dr kampung ke bndar atau dr bandar ke kampung... hehehe....
rasa respect tu memang ada lah kat dorunk sbb mereka berubah kearah kebaikan... tp apa yang suff xsetuju tu... sikap mereka yang membuka keburukan kwan2 mereka secara jelas dan menyalahkan rakan2 mereka.... itu tidak sepatutnya dilakukan... islam tidak menggalakkan kita utk mmbuka aib saudara sesama islam mahupun bukan islam... elakkan lah diri kita utk melakukan kesalahan yang kecil.... elakkan dari menghasilkan fitnah2...
entry ini utk memuhasabah diri sendiripun... sebab bnyk kelemahan kat diri ni... hu3... ok lah nk tunjk skit wajah2 saudara sesama islam kita y berhijrah....
p/s; : kalau artis berhijrah perh masuk blog.. lau pak man kat kg korang berhijrah... tak masuk mana2 pon.. hu3hahahaha... ok see yah.. hehehe
Tuesday, September 11, 2012
:: cerpen masa aku tgh bosan::
Adilkah
ini semua?
Seorang lelaki tua sedang berjalan menggagahi segala isi badn sisa kehidupannya. Terkusi
kakinya akan plastik sisa makanan yang melayang hasil hembusan angin kota.
Sakunya diselok. Pada ketika perut meronta-ronta ingin diisi, hanya habuk yang
dimuntahkan oleh saku seluar lusuhnya.
“ Hmm…” Hanya keluhan yang bisa terkeluar dari kotak
suaranya dan didengari oleh angin lalu yang tidak dapat membantu apa selain
memberi sedikit kedinginan kepada sekujur tubuh yang semakin dimamah usia.
Keringat mula membasahi dada. Si tua kepenatan
setelah langkah kaki jauh membawa diri. Terduduk Si tua apabila tempat pijakan
dan junjungan kepalanya terlindung dari terik mentari petang. Masalah kepanasan
global yang dirasai oleh isi dunia bukan lagi masalah utamanya. Sinar panas
sang mentari dibiarkan hilang di kaki lima itu. Ada kalanya pohonan rimbun.
Sedangkan ada insan yang tercari-cari
penghawa dingin untuk memberi keselesaan kepada tubuh yang tidak dapat menahan
kepanasan hasil kecuaian insani pada masa belakangnya.
“ Hoi, pengemis! Jauh kau dari sini! Pengotor! Bikin
pelanggan lari saja!” Herdik tauke cina. Tempikan berbisa yang sudah menjadi
permainan telinganya berkumandang lagi. Tempat teduhannya dikelaskan sebagai
kawasan larangan. Mata yang melihat mula memberi seribu satu tafsiran. Ada
bibir yang mengukir senyuman takala melihat Si tua pengemis terpinga-pinga
kerana terkejut akan herdikan insan yang tidak berperasaan. Ada juga yang
mencemuh si celupar berhati batu itu.
“ Bodoh punya orang. Tidak bolehkan lelaki itu
diusir secara baik? Cemuh seorang lelaki.
Namun cemuhan tinggal cemuhan. Si tua pergi membawa
diri. si tauke berniaga seperti biasa lagi. Penonton drama dunia sebentar tadi
pun terus menyambung kerjannya yang terberhenti seketika tadi.
“ Mak, pak cik tu macam ayah lah…” Bisik Lisa.
Ditarik-tarik tangan ibunya.
“ Ayah? Ish… Lisa mungkin salah tengok ni. Ayah
sudah lama hilangkan?” Terang Ani.
Si ibu mencuka apabila anaknya menyebut soal
ayahnya. Tetapa mengapa? Dilanjutkan kerjanya. Barang kemas di atas meja kaca
itu diusiknya semula.
“ Ah! Mana mungkin Borhan ada disini…” Bisik
hatinya. Penafian tanpa asas mula diragui. Anak matanya mula melilau
mencari-cari lelaki yang dimaksudkan oleh anaknya tadi.
“ Lisa lihat pak cik tadi kat mana?” Soalan diajukan
untuk memudahkan pencarian.
“ Disana ibu. Dikedai baju itu…” Jari telunjuk kecil
Lisa terarah ke sebuah gedung pakaian yang berada di seberang jalan.
Matanya dikecilkan untuk mencari lelaki yang bernama
Borhan itu. Usahanya terbejat. Terlalu ramai lelaki yang lalu lalang disitu.
Matanya terarah semula ke rantai dan gelang mas yang tersergam indah di atas
kaca itu. Perasaan yang gundah dibiarkan bersarang di hati.
Imbas kembali…
“ Abang… maafkan Ani.” Halus suara Ani menyentuh gegendang
telinga Borhan. Luahan keinginan untuk berpisah dengan suaminya terucap juga
setelah sekian lama memendam rasa.
“ Tapi…kenapa sayang” Borhan tidak percaya dengan
apa yang didengarinya. Kasih sayang terhadap isterinya itu terlalu hebat.
Walaupun cintanya kepada yang Maha Pencinta tidak terduga hebatnya.
Ani semakin runsing. Borhan seperti tidak mahu
melepaskannya. Apa yang hendak dia katakan kepada Razman sekiranya Borhan tidak
rela untuk berpisah. Sedangkan dia sudah berjanji kepada Razman untuk meminta
cerai kepada Borhan pada malam itu juga. Curang!
Sekarang….
Lelaki tua berbaju comot semakin jauh meninggalkan
kedai baju itu. Layar ingatannya terimbau-imbau kenangan perit yang tidak
pernah lekang dari kotak memorinya itu.
“ Hoi! Buta ke?” Jerit seorang anak muda.
Rupa-rupanya bahunya berlanggar dengan badan anak muda itu. Jauh relung
fikirannya melayang. Hingga berlanggaran.
“Budak-budak sekarang semakin kurang ajar!” suara
ketidak puas hatian seorang wanita tua. Rupa-rupanya apa yang berlaku itu
disaksikan oleh seorang peminta sedekah.
Lelaki tua itu kelihatan dungu sahaja. Dibiarkan
herdikan anak muda itu berlalu dibawa angin kota. Akal sihatnya terbejat.
“ Ibu… ayah mana? Lisa rindu ayah.” Luah Lisa.
Bertaburan segala isi yang sedang difikirkan oleh Ani.
Berbahang rasanya apabila soalan itu diajukan.
Kesejukan penghawa dingin tidak lagi dirasainya. Keringat mula membasahi badan.
“ Lisa… uncle Razmankan
bakal ayah Lisa.” Ani bersuara. Nama teman lelakinya disebut supaya anaknya
dapat melupakan Borhan. Razmanlah punca dia dan Borhan bercerai. Razman jugalah
bakal pengganti ayah Lisa.
Imbas kembali…
“Ani tak kira… Ani tetap nak bercerai!” Lantang
suara Ani. Terasa kebencian Allah mula meresap di dalam jasadnya. Haruman
syurga juga semakin menjauh meninggal
Ani.
“ Tapi… kenapa sayang?” Lembut suara Borhan.
Kemarahan tidak dizahirkan olehnya. Hanya kemarahan
Ani sahaja yang terlihat sekarang. Borhan masih berakal sihat. Kemarahan Ani
tidak dibalas dengan kemarahannya. Dia tahu sekiranya api dib alas dengan api
maka semakin galaklah api itu menyala. Lalu dihembuskannya api itu salju yang
bersifat dingin, dengan harapan supaya api itu terpadam perlahan-lahan.
Ani membisu seribu bahasa. Suasana tegang bertukar
sepi. Jauh di sudut rumah kedengaran
esak tangisan Lisa. Anak kecil itu takut. Apa yang berlaku diantara ibu
dan ayahnya itu tidak dapat ditafsirkan oleh akal mentahnya.
“Ani…Ani…Ani menyintai lelaki lain. Razman namanya.”
Segala yang terpendam terluah oleh Ani. Ani yang tadinya membisu kini bersuara
semula,
“ Maafkan Ani abang.” Lemah suara yang terkeluar.
Tertunduk kepala Ani. Rahsia yang terpendam selama enam bulan lalu
dibongkarkan.
Borhan terpaku. Kakinya mula lemah. Matanya bepinar. Terasa
pantas darah mengalir di setiap inci badan. Lalu terduduklah dia.
Sekarang….
Fikirannya jauh menerawang. Lelaki tua itu sedang
duduk di bawah pohon rimbun di pinggir jalan bertar hitam. Peristiwa pahit yang
terjadi sebulan lalu punca dia jadi
begini. Berjalan tanpa hala tuju. Hidup terumbang ambing.
“ Lisa tak nak uncle
Razman! Lisa nak ayah!” Lisa menjerit sekuat hati. Dia meronta-ronta lalu
menangis. Tangisannya itu diharap dapat
mengubat rindunya pada kasih sayang seorang ayah.
“ Lisa! Jangan degil ya…” Terluah kemarahan Ani. Dia
mula bosan dengan kerenah anaknya itu.
“ Lisa nak ayah! Lisa nak ayah!” Lisa semakin galak
meraung. Anak kecil itu kelihatan seperti kerasukan. Ditarik- tarik tangan
ibunya untuk menunjukkan tanda protesnya.
“ Lisa!” Ani meninggikan suaranya. “Duduk diam-diam
boleh tak? Ibu tengah drive ni kan?”
Ani semakin geram. Dicubit lengan anaknya itu.
Jauh lelaki tua itu termenung. Matanya jauh
menerawang ke hadapan melihat apa sahaja yang melintas. Tiba-tiba matanya
tertumpu kearah seorang anak kecil di seberang jalan sana. Anak kecil itu
sedang bermain belon.
“ Lisa?” Terpacul suaranya. Kerinduannya kepada Lisa
seperti tidak dapat dibendung. Lelaki tua itu bangun dari duduknya. Tanpa
melihat kanan da kiri, dia meluru terus kearah anak itu.
“ Lisa…Lisa…” Lelaki tua itu menjerit-jerit.
Diulang-ulang nama anaknya itu. Tangannya melambai-lambai dengan harapan anak
kecil itu memandangnya.
“ Lisa ni kenapa degil sangat hah?” Marah Ani. Di pukul tubuh gebu Lisa berulang
kali. Terbeliak matanya.
“ Huh…” keluh Ani. Ani memandang semula kehadapan.
Tiba-tiba dia terpandang seorang lelaki berlari tidak jauh dari hadapan
keretanya. Hon kereta dibunyikan panjang. Ani cemas.
“ Allah…” terpacul kalimah suci dari mulut lelaki
tua itu. Terlihat olehnya akan sebuah kereta yang sedang meluru laju kearahnya.
“ Argh!!!” Ani mejerit. Brek ditekan.Namun sudah
suratan takdir. Kereta yang dipandu Ani melanggar lelaki tua itu.
Orang ramai mula mengerumuni sekujur tubuh tua yang
terbaring disisi jalan raya itu. Suasana menjadi cemas. Ani keluar daripada
kereta. Perlahan langkahnya menuju kearah kerumunan orang ramai itu. Terbuntang
luas mata Ani. rupa-rupanya lelaki yang baru dilanggar itu adalah Borhan. Bekas
suaminya. Dilihat darah keluar dari mulut dan hidung borhan.
“ Borhan…” Keluhan kesal Ani.
“ Maafkan Ani sekali lagi abang.” Kemaafan dipohon
oleh Ani. Hanya itu sahaja yang mampu terucap oleh Ani ketika jenazah Borhan
selamat dikebumikan.
Kini walaupun selaut penyesalan yang diucap,
walaupun segunung kemaafan dipinta, namun yang pergi tetap pergi. Lisa, seorang
anak yang tidak mengerti, kini menjadi yatim di dunia akibat kekilafan insan
yang disayanginnya.
Thursday, September 6, 2012
:: cerpen terbaru ::
KIAMAT INSAN
PENYELINGKUH
Projek Lebuhraya utara
selatan (PLUS). Laluan penghubung seribu kerjaya dan sejuta kehidupan. Laluan
yang menyumbang segunung jasa dan selaut kejayaan. Laluan yang tidak penah
lekang daripada kunjungan manusia yang mengharap pelbagai tujuan.
Malam ini dada langit
sepi tanpa hiasan kerlipan bintangnya. Malam ini menangis Si pungguk apabila
Sang bulan yang dinanti hilang dibalik awan hitam. Sesekali jagat raya terkejut
dan terkesima takala gegendang telinga ditampar tempikan guruh yang berdentum
hebat. Tidak jauh dari kota kelihatan
jentera bermotor Toyota Caldina meluru laju membelah bayu dingin lebuhraya.
“ En. Aziz mahu berada
di sana berapa lama?” Soal Pak Jamal. Matanya yang semakin memberat menjadi
punca dia meluahkan pertanyaan itu.
Pak Jamal menanti
jawapan dari majikannya itu. Namun tiada sebarang suara pun yang menjurus untuk
dirinya. Pak Jalal mencuri-curi melihat cermin pandang belakang kereta.
Dilihatnya Aziz sedang berbual dengan setiausahanya. Wanita yang bernama Suzie
itu menggedik apabila Aziz menyentuh paha gebunya. Haram! Beristighfar Pak
Jalal ketika melihat majikannya yang mengabaikan hukum hakam agamanya sendiri.
“ Suzie sayang, I lihat you makin cantiklah.” Lembut suara Aziz menyingkap madah indah itu
di cuping Suzie.
“ Ah! You ni Aziz… Ngada-ngadalah.” Rengek Suzie manja.
Kini tangan suzie yang
mulus itu pula membelai-belai wajah Aziz. Terasa tajam tusukan roma jambang
yang baru dicukur. Aziz tersenyum lebar.Nafas Aziz tidak teratur. Nafsunya
membara-bara. Sang celaka bersorak gembira, lalu ditiupnya lagi angin berahi ke
dalam diri Aziz, dengan harapan api nafsunya semakin galak menyala. Perlahan
Aziz merangkul tubuh gebu Suzie. Pak Jalal di hadapan mula bermandi peluh.
Dingin penghawa dingin tidak lagi terasa. Terkumat-kamit mulut Pak Jalal
berzikir. Ingin ditegur majikannya itu namun tidak berani pula dia. Lalu
langkah selemah-lemah iman diambilnya. Aziz dan Suzie semakin jauh ke dalam
gelora nafsu berahi masing-masing. Dalam rancak pasangan terlarang ini mengumpul
dosa tiba-tiba telefon selular Aziz
berdering. Mereka terkejut.
“huh!” Satu keluhan
berat dilepaskan. Panggilan itu membejatkan gelora nafsu mereka.Panas wajah
Aziz menahan geram. Suzie pula memlemparkan pandangannya ke luar kereta.
Dilihatnya gelap malam tanpa teman-teman setianya. Bulan dan bintang.
“ Ada saja yang
menganggu!” Guman suzie. Hatinya pedih kesakitan.
“ Hmm… ye Karina. Ada
apa?”Berat rasanya ingin menjawap panggilan itu.
“ Hai! Mengeluh bang?
Salahkah seorang isteri menelefon suaminya bertanyakan khabar? Perli Karina.
Secalit rasa terkilan turut singgah bersama.
Aziz terasa begitu
malas ingin melayan karenah isterinya itu. Namun dipaksa juga mulutnya untuk
mengucapkan bait-bait nista supaya Karina tidak menaruh curiga..
“ Ermm… Tidak apalah
bang. Jaga diri. jangan cari madu saya sudahlah ye?” Rajuk Karina.
“ Ha! Satu lagi jangan
tinggal solat…Assalamualaikum.” Salam penutup bicaranya. Itulah hadiah isteri
untuk si suami. Itu jugalah kata-kata azimat sekiranya Aziz pergi ke luar kawasan
untuk urusan kerjanya.
Punat merah ditekan,
maka terputuslah dua suara yang berkomunikasi. Karina menghempaskan dirinya ke
sofa. Satu keluhan dilepaskan. Fikirannya menerawang. Sudah banyak kali dia
berusaha untuk membuang perasaaan itu, tetapi usahanya sia-sia belaka. Perasaan
durjana itu sering menghuru-harakan jiwa hawanya.
IMBAS KEMBALI.
“ Benar Karina, I lihat sendiri Aziz berpelukan dengan
budak secretary tu.”
Bersungguh-sungguh Zahim.
“ You salah orang tu. Tidak mungkin abang Aziz macam tu.” Karina
menafikan khabar berita dari sahabatnya itu.
Sukar baginya untuk
mempercayai kata-kata Zahim. Sungguhpun Zahim teman karibnya sejak dari bangku
sekolah lagi, tetapi itu semua tidak mungkin benar berlaku.. suaminya tidak
mungkin selingkuh. Dia tahu Zahim
tidak mungkin membohonginya. Baginya Zahim salah lihat. Karina teguh lebih
mempercayai suaminya walaupun perkhabaran itu melahirkan segelumit curiga di
hatinya.
“ Karina… I tidak mungkin berbohonglah!”Tegas
Zahim. Hatinya terasa. Mengapalah Karina tidak mempercayai dirinya? Masakan dia mahu membohongi rakan
karibnya sendiri.
“ Zahim you ni kenapa?! You jangan nak rosakkan rumah tangga I. Sudahlah Zahim, mulai sekarang kita putus hubungan!” Karina
menyeringa. Sampai hati zahim berkata begitu. Karina tidak dapat terima tuduhan
tanpa asas itu. Sungguh dia tidak sangka Zahim berhati sebusuk itu.
Jauh Karina menyingkap
masa silam. Terasa menyesal dirinya kerana kelancangannya memarahi Zahim ketika
itu. Hubungannya dengan Zahim yang sekian lama itu, terputus sia-sia akibat
rasa sayangnya kepada suami yang telah memberi tuba ke dalam hidangan cinta
rumah tangga mereka.
Kereta yang dipandu Pak
Jalal gagah merentasi lebuhraya sambil isinya membawa si Celaka Laknatullah.
Tidak jauh dari jentera itu, kelihatan sebuah motosikal berkuasa tinggi sedang
mengekori mereka. Berhati-hati dia mengekori kereta yang dipandu Pak Jalal itu.
Lagaknya tidak ubah seperti pemangsa yang menunggu waktu untuk menangkap
mangsanya.
Bahu kiri kereta
memancarkan cahaya kekuning-kuningan. Berkelip-kelip cahaya tersebut. Berhati-hati
Pak Jalal membelok kearah perhentian Sungai Buloh itu.
“ You…temankan I pergi
tandas.” Pohon Suzie manja. Sikapnya itu menjelekkan sesiapa sahaja yang
melihat.
“ Pak Jalal tunggu
sebentar ya.” Arah Aziz. Kedua pasangan terlarang itu pun melangkah keluar dari
kereta. Aziz dan Suzie semakin jauh dari pandangan Pak Jalal. Pak Jalal memutar
tombol bulat pada kotak muzik di hadapannya. Lagu berentak perlahan
didengarinya, sesekali dicelah suara juruhebah bertugas. Asyik lelaki tua itu
mendengar suara juruhebah yang berceloteh pada malam itu. Kini lagu
kegemarannya diputarkan. Terbuai-buai ingatan Pak Jalal mengintai memori
silamnya. Rindu mula berputik. Kampung halaman menjadi nostalgia ingatan. Dia
tidak mempunyai sesiapa lagi di dunia ini. Dia pernah berkahwin, tetapi
perkahwinan mereka tidak di anugerahi cahaya mata. Bergenang kelopak mata
lelaki yang semakin dimamah usia itu. Kerinduannya seperti tidak dapat
dibendung lagi. Terkenang dia akan dosa-dosanya. Dia bersubahat dengan seorang
majikan yang sering melakukan dosa. Pak Jalal dapat merasakan bahawa dirinya
akan pergi tidak lama lagi. Dia ingin bertaubat. Dia ingin menghambakan dirinya
kepada Yang Khaliq. Tiba-tiba cermin tingkap diketuk. Lamunan Pak Jalal berkecai.
Segera Pak Jalal menoleh. Dilihatnya seorang lelaki yang dikenalinya.
“ Eh kamu Zahim. Apa
kamu buat di sini?” Tanya Pak Jalal setelah tingkap diturunkan. Pak Jalal
kehairanan ketika melihat Zahim. Apa Zahim buat di perhentian Sungai Buloh ini.
Pada waktu sebegini pula. Pak Jalal telah lama juga tidak melihat zahim bertemu
dengan Karina seperti selalunya. Zahim tidak menjawap pertanya Pak Jalal,
tetapi…
“ Maafkan saya Pak
Jalal.” Perlahan suara Zahim. Dengan satu keluhan, satu das tembakan
dilepaskan. Peluru berjaya menembusi dahi Pak Jalal. Bagi Zahim, kematian Pak
Jalal adalah permulaan dalam usahanya untuk membalas dendam. Kejadian itu tidak
didengari oleh sesiapa pun. Ini adalah kerana muncung laras senjata apinya
telah disematkan bersama sebuah penyenyap bunyi ataupun silencer. Berhati-hati Zahim menarik Pak Jalal keluar dari tempat
pemandu.
Pak Jalal disembunyikan
di dalam bonet kereta. Zahim membuka
jaket hitamnya. Tersergam indah baju putih seorang pemandu. Zahim
mengambil pula kopiah putih yang sering menutupi kepala Pak Jalal, lalu
disematkan kopiah itu ke kepalanya. Kini lagaknya saling tidak tumpah seperti
Pak Jalal.
“ Pak Jalal, bolehlah kita
gerak sekarang.” Aziz mengarahkan pemandunya. Aziz kelihatan gembira .
sesungguhnya dia tidak mengetahui apakah nasib yang bakal dia hadapi. Kecuali
yang Maha Mengetahui. Perlahan kenderaan yang dipandu Zahim keluar dari
perhentian Sungai Buloh itu. Kini hati Zahim begitu meronta-ronta untuk
membunuh manusia kepalang di belakangnya. Kereta meluncur laju, namun pelahan
Zahim mengangkat senjata apinya. Lalu diarahkan muncung pistol itu ke Suzie.
Suzie kaget.
“ Mati kau perempuan
jalang!” satu das tembakan dilepaskan bersama-sama makian dari mulut Zahi.
Aziz terkejut.
Dilihatnya baju suzie dicemari tompokan merah pekat.
“ Kau bukan Pak
Jalal..kau siapa?” Aziz ketakutan. Terketar-ketar suaranya.
“ Aku Zahim!” Sambil
ketawa Zahim melepaskan satu lagi das tembakan.
“ Zahim…kenapa…kenapa…”
Suara Aziz terputus-putus. Akhinya
terputus juga nyawa dari jasad. Aziz hanya perlu menanti azab alam barzah.
Tragis.
Zahim tersenyum puas.
Kematian manusia yang menjadi punca dia dan Karina besengketa itu menyenangkan
jiwanya. Dendamnya terlunas. Pak Jalal juga terpaksa dibunuhnya kerana Pak
Jalal tidak melaporkan perbuatan Aziz kepada Karina. Pak Jalal bersubahat.
Disebabkan lama mengelamun, Zahim hilang tumpuan. Kereta yang dipandu hilang
kawalan. Zahim mencuba untuk mengawal tetapi dia gagal. Lalu kereta itu
terbabas lantas menghentam pembahagi jalan.
Bersusah payah Zahim
keluar dari kereta. Kaki dan kepalanya terasa sakit sekali. Darah merah
mengalir perlahan keluar dari dahinya. Dengan segala tenaga yang masih bersisa,
Zahim melarikan diri kearah hutan kecil yang berhampiran. Zahim menyembunyikan
diri.
“ Maaf mengganggu puan.
Ini puan karina ke?” Suara yang tidak dikenali berada di hujung talian. Karina
berasa aneh.
“ Ya Karina Bercakap.
Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” Jawap Karina. Suaranya serak-serak basah.
Ini menunjukkan dia baru terjaga dari tidur.
“ Saya Inspektor
Zainudin, saya harap puan bersabar mendengar berita ini.” Terang Zainudin.
Kata-kata Zainudin itu menggusarkan hati Karina.
“ Erm… Suami anda encik
Aziz telah terlibat dalam satu nahas jalan raya dan dia telah meninggal dunia
di tempat kejadian.” Terang Zainudin.
“ Ya..Allah! Di…di mana
suami saya kemalangan?” Sedih suara Karina. Gelap gelita dunia Karina
tiba-tiba.
“ Nahas berlaku di
Lebuhraya Utara-Selatan, di kilometer 455.7, berhampiran dengan susur masuk ke
Sungai Buloh.” Terang Zainudin lagi. Baginya memberitahu perkara sebenar adalah
menyukarkan dirinya.
Zainudin mendengar jauh
di hujung talian Kaina sedang menangis Teresak-esak. Berat rasanya untuk
memberitahu karina bahawa suaminya telah terbunuh akibat ditembak. Zainudin
terus meneliti keadaan kereta Toyota Caldina tersebut. Zainudin menarik picu
bonet kereta. Tiba-tiba seorang pegawai polis memanggil dia. Zainudin dengan
cepat menuju ke arah bonet kereta itu. Terkesima zainudin. Dihadapannya kini
terbujur kaku mayat seorang lelaki tua. Hatinya terasa sakit sekali. Mukanya
merah menahan marah.
“ Aku akan pastikan
orang yang berjiwa syaitan ini menerima pembalasannya!” Marah Zainudin. Hati
kecilnya menjerit. Zainudin melihat wajah jasad kaku di hadapannya itu. Menitis
air matanya.
“ Hmm…inilah
tanda-tanda kecil dunia hendak kiamat.” Desis hatinya. Sesungguhnya manusia
tidak takut lagi untuk melihat darah apatah lagi membunuh. Jauh di sudut
hatinya, zainudin berasa insaf.
Tidak jauh dari tempat
kejadian, sepasang mata sedang asyik memerhati. Ketakutan, kesakitan, dan
kepuasan menjadi satu rasa banginya. Kematian Aziz adalah satu pembalasan
kerana kecurangannya.
Subscribe to:
Posts (Atom)