Agaknya sudah lama gua tak menulis kat blog gua ni, gua rasa dah bersawang dah.. ahahahha
gua sebenarnyer tergerak nak tulis blog ni blik sebab kisah yang tengah gempar sekarang ni...
dimana ada individu yang mempermainkan agama ISLAM...
Pasangan Alvin Vivian ni sememangnya suka membuat kontroversi,
gua pon tak tahu lah dia ni nak publisiti murahan ke apa... ahahaha
dulu dengan gambar-gambar lucah dan sebagainya lagi.
sememangnya kerjanya pada kali ini juga amatlah menggempar ummat islam
di negara ini. Korang boleh lah tengok sendiri gambar kat bawah ni.
maka dengan kemunculan gambar-gambar ini, majoriti masyarakat melayu ISLAM
negara ini menyuarakan kekesalan mereka dan mahu mereka dikenakan hukuman yang setimpal.
bermacam-macam hukuman yang disuarakan,antaranya ialah... gantung sampai mati, penjara,
denda, dan sebagainya... jika kita lihat dengan mata terbuka apakah tujuan sebenar hukuman-hukuman ini?
bukan kah dengan wujudnya suara-suara penghukum seperti ini, menunjukkan masyarakat melayu
islam negara ini kejam??? kita lihatlah semula cara NABI S.A.W kita. apakah anda yakin beliau akan
menghukum orang kafir ini seperti yang anda mahukan??
Lihat lah diri kita semula, apakah kita sebegitu mulia?? tak pernah buat salah? atau kita ini
seorang yang kejam??? kembalilah kepada tujuan agama islam ini... apa yang dituntut dalam agama ini.
fikirkan lah sahabat-sahabat ku... sekian.
\
0 comments:
Post a Comment