Thursday, September 6, 2012

:: cerpen terbaru ::


KIAMAT INSAN PENYELINGKUH


Projek Lebuhraya utara selatan (PLUS). Laluan penghubung seribu kerjaya dan sejuta kehidupan. Laluan yang menyumbang segunung jasa dan selaut kejayaan. Laluan yang tidak penah lekang daripada kunjungan manusia yang mengharap pelbagai tujuan.
Malam ini dada langit sepi tanpa hiasan kerlipan bintangnya. Malam ini menangis Si pungguk apabila Sang bulan yang dinanti hilang dibalik awan hitam. Sesekali jagat raya terkejut dan terkesima takala gegendang telinga ditampar tempikan guruh yang berdentum hebat. Tidak jauh dari kota  kelihatan jentera bermotor Toyota Caldina meluru laju membelah bayu dingin lebuhraya.
“ En. Aziz mahu berada di sana berapa lama?” Soal Pak Jamal. Matanya yang semakin memberat menjadi punca dia meluahkan pertanyaan itu.
Pak Jamal menanti jawapan dari majikannya itu. Namun tiada sebarang suara pun yang menjurus untuk dirinya. Pak Jalal mencuri-curi melihat cermin pandang belakang kereta. Dilihatnya Aziz sedang berbual dengan setiausahanya. Wanita yang bernama Suzie itu menggedik apabila Aziz menyentuh paha gebunya. Haram! Beristighfar Pak Jalal ketika melihat majikannya yang mengabaikan hukum hakam agamanya sendiri.
“ Suzie sayang, I lihat you makin cantiklah.” Lembut suara Aziz menyingkap madah indah itu di cuping Suzie.
“ Ah! You ni Aziz… Ngada-ngadalah.”  Rengek Suzie manja.
Kini tangan suzie yang mulus itu pula membelai-belai wajah Aziz. Terasa tajam tusukan roma jambang yang baru dicukur. Aziz tersenyum lebar.Nafas Aziz tidak teratur. Nafsunya membara-bara. Sang celaka bersorak gembira, lalu ditiupnya lagi angin berahi ke dalam diri Aziz, dengan harapan api nafsunya semakin galak menyala. Perlahan Aziz merangkul tubuh gebu Suzie. Pak Jalal di hadapan mula bermandi peluh. Dingin penghawa dingin tidak lagi terasa. Terkumat-kamit mulut Pak Jalal berzikir. Ingin ditegur majikannya itu namun tidak berani pula dia. Lalu langkah selemah-lemah iman diambilnya. Aziz dan Suzie semakin jauh ke dalam gelora nafsu berahi masing-masing. Dalam rancak pasangan terlarang ini mengumpul dosa tiba-tiba telefon selular Aziz  berdering. Mereka terkejut.
“huh!” Satu keluhan berat dilepaskan. Panggilan itu membejatkan gelora nafsu mereka.Panas wajah Aziz menahan geram. Suzie pula memlemparkan pandangannya ke luar kereta. Dilihatnya gelap malam tanpa teman-teman setianya. Bulan dan bintang.
“ Ada saja yang menganggu!” Guman suzie. Hatinya pedih kesakitan.
“ Hmm… ye Karina. Ada apa?”Berat rasanya ingin menjawap panggilan itu.
“ Hai! Mengeluh bang? Salahkah seorang isteri menelefon suaminya bertanyakan khabar? Perli Karina. Secalit rasa terkilan turut singgah bersama.
Aziz terasa begitu malas ingin melayan karenah isterinya itu. Namun dipaksa juga mulutnya untuk mengucapkan bait-bait nista supaya Karina tidak menaruh curiga..
“ Ermm… Tidak apalah bang. Jaga diri. jangan cari madu saya sudahlah ye?” Rajuk Karina.
“ Ha! Satu lagi jangan tinggal solat…Assalamualaikum.” Salam penutup bicaranya. Itulah hadiah isteri untuk si suami. Itu jugalah kata-kata azimat sekiranya Aziz pergi ke luar kawasan untuk urusan kerjanya.
Punat merah ditekan, maka terputuslah dua suara yang berkomunikasi. Karina menghempaskan dirinya ke sofa. Satu keluhan dilepaskan. Fikirannya menerawang. Sudah banyak kali dia berusaha untuk membuang perasaaan itu, tetapi usahanya sia-sia belaka. Perasaan durjana itu sering menghuru-harakan jiwa hawanya.
IMBAS KEMBALI.
“ Benar Karina, I lihat sendiri Aziz berpelukan dengan budak secretary tu.” Bersungguh-sungguh Zahim.
You salah orang tu. Tidak mungkin abang Aziz macam tu.” Karina menafikan khabar berita dari sahabatnya itu.
Sukar baginya untuk mempercayai kata-kata Zahim. Sungguhpun Zahim teman karibnya sejak dari bangku sekolah lagi, tetapi itu semua tidak mungkin benar berlaku.. suaminya tidak mungkin selingkuh. Dia tahu Zahim tidak mungkin membohonginya. Baginya Zahim salah lihat. Karina teguh lebih mempercayai suaminya walaupun perkhabaran itu melahirkan segelumit curiga di hatinya.
“ Karina… I tidak mungkin berbohonglah!”Tegas Zahim. Hatinya terasa. Mengapalah Karina tidak mempercayai  dirinya? Masakan dia mahu membohongi rakan karibnya sendiri.
“ Zahim you ni kenapa?! You jangan nak rosakkan rumah tangga I. Sudahlah Zahim, mulai sekarang kita putus hubungan!” Karina menyeringa. Sampai hati zahim berkata begitu. Karina tidak dapat terima tuduhan tanpa asas itu. Sungguh dia tidak sangka Zahim berhati sebusuk itu.

Jauh Karina menyingkap masa silam. Terasa menyesal dirinya kerana kelancangannya memarahi Zahim ketika itu. Hubungannya dengan Zahim yang sekian lama itu, terputus sia-sia akibat rasa sayangnya kepada suami yang telah memberi tuba ke dalam hidangan cinta rumah tangga mereka.
Kereta yang dipandu Pak Jalal gagah merentasi lebuhraya sambil isinya membawa si Celaka Laknatullah. Tidak jauh dari jentera itu, kelihatan sebuah motosikal berkuasa tinggi sedang mengekori mereka. Berhati-hati dia mengekori kereta yang dipandu Pak Jalal itu. Lagaknya tidak ubah seperti pemangsa yang menunggu waktu untuk menangkap mangsanya.
Bahu kiri kereta memancarkan cahaya kekuning-kuningan. Berkelip-kelip cahaya tersebut. Berhati-hati Pak Jalal membelok kearah perhentian Sungai Buloh itu.
You…temankan I pergi tandas.” Pohon Suzie manja. Sikapnya itu menjelekkan sesiapa sahaja yang melihat.
“ Pak Jalal tunggu sebentar ya.” Arah Aziz. Kedua pasangan terlarang itu pun melangkah keluar dari kereta. Aziz dan Suzie semakin jauh dari pandangan Pak Jalal. Pak Jalal memutar tombol bulat pada kotak muzik di hadapannya. Lagu berentak perlahan didengarinya, sesekali dicelah suara juruhebah bertugas. Asyik lelaki tua itu mendengar suara juruhebah yang berceloteh pada malam itu. Kini lagu kegemarannya diputarkan. Terbuai-buai ingatan Pak Jalal mengintai memori silamnya. Rindu mula berputik. Kampung halaman menjadi nostalgia ingatan. Dia tidak mempunyai sesiapa lagi di dunia ini. Dia pernah berkahwin, tetapi perkahwinan mereka tidak di anugerahi cahaya mata. Bergenang kelopak mata lelaki yang semakin dimamah usia itu. Kerinduannya seperti tidak dapat dibendung lagi. Terkenang dia akan dosa-dosanya. Dia bersubahat dengan seorang majikan yang sering melakukan dosa. Pak Jalal dapat merasakan bahawa dirinya akan pergi tidak lama lagi. Dia ingin bertaubat. Dia ingin menghambakan dirinya kepada Yang Khaliq. Tiba-tiba cermin tingkap diketuk. Lamunan Pak Jalal berkecai. Segera Pak Jalal menoleh. Dilihatnya seorang lelaki yang dikenalinya.
“ Eh kamu Zahim. Apa kamu buat di sini?” Tanya Pak Jalal setelah tingkap diturunkan. Pak Jalal kehairanan ketika melihat Zahim. Apa Zahim buat di perhentian Sungai Buloh ini. Pada waktu sebegini pula. Pak Jalal telah lama juga tidak melihat zahim bertemu dengan Karina seperti selalunya. Zahim tidak menjawap pertanya Pak Jalal, tetapi…
“ Maafkan saya Pak Jalal.” Perlahan suara Zahim. Dengan satu keluhan, satu das tembakan dilepaskan. Peluru berjaya menembusi dahi Pak Jalal. Bagi Zahim, kematian Pak Jalal adalah permulaan dalam usahanya untuk membalas dendam. Kejadian itu tidak didengari oleh sesiapa pun. Ini adalah kerana muncung laras senjata apinya telah disematkan bersama sebuah penyenyap bunyi ataupun silencer. Berhati-hati Zahim menarik Pak Jalal keluar dari tempat pemandu.
Pak Jalal disembunyikan di dalam bonet kereta. Zahim membuka  jaket hitamnya. Tersergam indah baju putih seorang pemandu. Zahim mengambil pula kopiah putih yang sering menutupi kepala Pak Jalal, lalu disematkan kopiah itu ke kepalanya. Kini lagaknya saling tidak tumpah seperti Pak Jalal.
“ Pak Jalal, bolehlah kita gerak sekarang.” Aziz mengarahkan pemandunya. Aziz kelihatan gembira . sesungguhnya dia tidak mengetahui apakah nasib yang bakal dia hadapi. Kecuali yang Maha Mengetahui. Perlahan kenderaan yang dipandu Zahim keluar dari perhentian Sungai Buloh itu. Kini hati Zahim begitu meronta-ronta untuk membunuh manusia kepalang di belakangnya. Kereta meluncur laju, namun pelahan Zahim mengangkat senjata apinya. Lalu diarahkan muncung pistol itu ke Suzie. Suzie kaget.
“ Mati kau perempuan jalang!” satu das tembakan dilepaskan bersama-sama makian dari mulut Zahi.
Aziz terkejut. Dilihatnya baju suzie dicemari tompokan merah pekat.
“ Kau bukan Pak Jalal..kau siapa?” Aziz ketakutan. Terketar-ketar suaranya.
“ Aku Zahim!” Sambil ketawa Zahim melepaskan satu lagi das tembakan.
“ Zahim…kenapa…kenapa…” Suara  Aziz terputus-putus. Akhinya terputus juga nyawa dari jasad. Aziz hanya perlu menanti azab alam barzah. Tragis.
Zahim tersenyum puas. Kematian manusia yang menjadi punca dia dan Karina besengketa itu menyenangkan jiwanya. Dendamnya terlunas. Pak Jalal juga terpaksa dibunuhnya kerana Pak Jalal tidak melaporkan perbuatan Aziz kepada Karina. Pak Jalal bersubahat. Disebabkan lama mengelamun, Zahim hilang tumpuan. Kereta yang dipandu hilang kawalan. Zahim mencuba untuk mengawal tetapi dia gagal. Lalu kereta itu terbabas lantas menghentam pembahagi jalan.
Bersusah payah Zahim keluar dari kereta. Kaki dan kepalanya terasa sakit sekali. Darah merah mengalir perlahan keluar dari dahinya. Dengan segala tenaga yang masih bersisa, Zahim melarikan diri kearah hutan kecil yang berhampiran. Zahim menyembunyikan diri.
“ Maaf mengganggu puan. Ini puan karina ke?” Suara yang tidak dikenali berada di hujung talian. Karina berasa aneh.
“ Ya Karina Bercakap. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” Jawap Karina. Suaranya serak-serak basah. Ini menunjukkan dia baru terjaga dari tidur.
“ Saya Inspektor Zainudin, saya harap puan bersabar mendengar berita ini.” Terang Zainudin. Kata-kata Zainudin itu menggusarkan hati Karina.
“ Erm… Suami anda encik Aziz telah terlibat dalam satu nahas jalan raya dan dia telah meninggal dunia di tempat kejadian.” Terang Zainudin.
“ Ya..Allah! Di…di mana suami saya kemalangan?” Sedih suara Karina. Gelap gelita dunia Karina tiba-tiba.
“ Nahas berlaku di Lebuhraya Utara-Selatan, di kilometer 455.7, berhampiran dengan susur masuk ke Sungai Buloh.” Terang Zainudin lagi. Baginya memberitahu perkara sebenar adalah menyukarkan dirinya.
Zainudin mendengar jauh di hujung talian Kaina sedang menangis Teresak-esak. Berat rasanya untuk memberitahu karina bahawa suaminya telah terbunuh akibat ditembak. Zainudin terus meneliti keadaan kereta Toyota Caldina tersebut. Zainudin menarik picu bonet kereta. Tiba-tiba seorang pegawai polis memanggil dia. Zainudin dengan cepat menuju ke arah bonet kereta itu. Terkesima zainudin. Dihadapannya kini terbujur kaku mayat seorang lelaki tua. Hatinya terasa sakit sekali. Mukanya merah menahan marah.
“ Aku akan pastikan orang yang berjiwa syaitan ini menerima pembalasannya!” Marah Zainudin. Hati kecilnya menjerit. Zainudin melihat wajah jasad kaku di hadapannya itu. Menitis air matanya.
“ Hmm…inilah tanda-tanda kecil dunia hendak kiamat.” Desis hatinya. Sesungguhnya manusia tidak takut lagi untuk melihat darah apatah lagi membunuh. Jauh di sudut hatinya, zainudin berasa insaf.
Tidak jauh dari tempat kejadian, sepasang mata sedang asyik memerhati. Ketakutan, kesakitan, dan kepuasan menjadi satu rasa banginya. Kematian Aziz adalah satu pembalasan kerana kecurangannya.

0 comments:

Post a Comment

copyright by @ eusuffcarlworld sebarang peniruan adalah tidak dibenarkan