Hari minggu....
tiba-tiba lak aku rasa nak tulis tentang hari minggu... apa yang ada dengan hari minggu? ia hari jelakan?Tetapi bagi, sesetengah golongan manusia hari minggu merupakan satu hari yang sangat bernilai, dan bagi beberapa golongan manusia pula memandang hari minggu seperti hari-hari yang biasa sahaja. Siapa yang menghargai hari minggu? Dan siapa pula yang tidak menghargai hari minggu itu pula. Jawapannya ialah:
MENGHARGAI
1. Pekerja (awan dan swasta)-istilah pekerja ini ialah mereka yang bekerja untuk mendapatkan habuan(gaji).
2. Pelajar(sekolah rendah, menengah,form6,matrik,asasi,IPTA & IPTS)- sesape yang sedang belajarlah.
3. Anak-anak(yang masih kecil)-mahu bersama ibubapa mereka, bersuka ria, berjalan-jalan.
4. dan selanjutnya...nak listkan takut korang malas nak baca. kan???
TIDAK MENGHARGAI
1. Bos(pemilik perniagaan atau perusahaan)-menganggap hari minggu tidak mendatangkan hasil jika bercuti."rugi". Lebih baik mereka berkerja seperti biasa boleh mendatangkan keuntungan kepada mereka.
2. pelajar(tapi yang mana gila-gila punya strugle)-ini masalah juga, mereka hanya mahu belajar sahaja, bagi mereka selagi tidak mendapat apa yang mereka impikan(grade, degree, master, phD dan selanjutnya) mereka akan terus belajar. Jangan jadi seperti mereka kerana ini tidak normal."saya rasa anda semua pun setuju bukan?"
3. dan selanjutnya lah."padahal dah tak ada modal nak merepek"
So... konklusinya ialah, hari minggu ini seharusnya digunakan dengan sewajarnya. Gunakan hari ini secara semaksima yang mampu. Namun isilah hari minggu dengan perkara yang berfaedah sahaja. "INGAT JANGAN NAK MEMBUTA SAHAJA!!!" ingat tu...hehehe. Akhir kata sayangilah hari minggu anda.
0 comments:
Post a Comment