Teman, Rakan, Sahabat, Kawan.......
Ok, kali ini, aku nak bincang topik berkenaan perkara di atas tu. Apa definisi teman, rakan, sahabat dan kawan bagi anda semua? semestinya pelbagai definisi dapat anda berikan. Mungkin. Ini adalah beberapa pendapat yang dapat aku berikan berkenaan perkara ini. Aku ulang lagi, teman, rakan, sahabat dan kawan, di atas kertas perkataan ini hanyalah sekadar perkataan.
TEMAN : wow! satu istilah yang sangat sukar kita dengar dari mulut manusia. "hye Ali, ini Ahmad." jelas Abu dengan tersenyum. Ahmad menghulurkan tangannya kepada Ali. Ali menyambut tangan Ahmad tanda salam pertama mereka. "Ali, Ahmad ini TEMAN baru kita." NAH!!! Janggalkan? so apa pendapat anda semua?
RAKAN : "Kita kan RAKAN." peh ini lagu satu. mana mungkin istilah rakan ini digunakan dalam bahasa seharian kita. walhal istilah rakan ini enak didengari.
SAHABAT : "Awak nak jadi SAHABAT saya?" hah. kamu semua pernah guna istilah itu? tak pernahkan? sememangnya sukarlah.
KAWAN : hah, ini lah istilah yang sering kali kita gunakan... "ini kawan saya", "kau kan kawan aku", "awak nak jadi kawan saya?" ayat-ayat ini sering digunakan sebagai bahasa pertuturan harian kita.
Bagi anda siapa yang lebih bernilai? TEMAN? RAKAN? SAHABAT? KAWAN? itu lah persolalnanya. kita sentiasa keliru. ramai orang, bermakna bukan semuanya, mengatakan bahawa teman, rakan, sahabat ini lebih bernilai, hal ini kerana mereka hanya seorang dua sahaja dalam hidup kita. Tapi apa pula yang jadi kepada kawan itu? hah! jawab. "hehehehe" baiklah ini pendapat aku, sebenarnya istilah-istilah ini semuanya membawa maksud yang sama. namun beberapa orang yang terlalu pandai telah membeza-beza istilah ini menjadikan ia terlalu spesifik sehingga ramai orang menyalah ertikan maksud istilah-istilah ini.
Ingatlah kawan-kawan, teman-teman, rakan-rakan, sahabat-sahabat. kita semuanya sama. SAMA ok? tolonglah jangan buat dinding perbezaan antara kita. i begging you. Dinding seperti inilah yang menyebabkan berlakunya. KAWAN MAKAN KAWAN, KAWAN JADI LAWAN. kita perlu ubah sikap dunia jahiliah ini. sayanglah antara satu sama lain. dan bagi ummat islam kita bukan sahaja kawan namun kita SAUDARA. sekian.
0 comments:
Post a Comment