Saturday, October 29, 2011

BANGGA DIRI???



       HISH!!!!! apa ni??? ada ke kata aku bangga??? tak patut betollah. Aku bukan nak marah, or what everlah. Kata orang tua, bangga diri itu sesuatu yang tidak sepatutnya wujud dalam diri kita. Mungkin ada sebab mereka yaang tersendirikan? Apa kata kita sebagai generasi muda memikirkan tentang perihal itu. Mula-mula aku nak bawa korang semua pergi ke satu dunia, dunia fantasi yang dicipta khas oleh aku iaitu, DUNIA EUSUFF CARL.
 
     Bangga diri, satu istilah yang amat besar untuk kita perdebatkan. Pelbagai contoh dan akibat bangga diri dapat kita fikirkan. Benar ke tidak? Benar bukan? BIASALAH AKU YANG CAKAP MESTILAH BETUL KAN? hah!!!Ini satu contoh bangga diri  yang dapat aku beri. Mari kita kaji. Kenapa aku bangga diri? jawabnya ialah, pada setiap masa syaitan akan memerhatikan kita, ini adalah BENAR!!! syaitan tidak pernah melepaskan pandangannya pada kita, dan mereka tidak pernah jemu menghasut kita. Maka, bisikan merekalah yang telah menyebabkan kita bangga diri, tetapi ia hanyalah berjaya untuk tiga kali sahaja. Kenapa??? Sebab, selepas tiga kali mereka berjaya membuat kita banggga diri, maka dengan automatiknya, kita akan bangga diri sendiri untuk kali ke empat. Ianya adalah disebabkan oleh pengalaman kita yang lepas. Jika kita bangga diri untuk kali ke lima dan seterusnya ia adalah disebabkan kita telah bersatu dengan jiwa yang baru dilahirkan daripada sifat bangga diri itu. Maaf sangat-sangat, teori ini amatlah merumitkan. Tetapi aku berharap sangat rakan-rakan dapat memahaminya.

      Mari kita lihat kesan daripada bangga diri ini. Orang akan bercakap tentang kita. Bukan tentang kebaikan kita, tetapi tentang keburukan kita. Alah, keburukan kita BANGGA DIRI tadilah. HAH!!! baru korang taukan. Bila  mereka bercakap tentang kita, maka terhasilah lagi kejayaan sang syaitan itu. Mereka dapat menghasilkan manusia yang mengutuk dan mengata sesama sendiri. Kesan paling ketara adalah, kita telah menyebabkan orang lain memperolehi DOSA. Fahamkan? Dosa itu berpunca daripada kita, walaupun kita tidak menyedarinya. ianya saling berkaitan kawan-kawan. Ibarat satu rantaian yang ampuh, dimana ia amat sukar untuk dipatahkan.

     Baiklah aku nak bagi korang satu formula. Bukan formula sains or math lah.

>>>(bangga diri+dosa)=(orang mengata/mengutuk+dosa)
>>>(mengata/mengutuk+dosa)=(fitnah+dosa besar)
>>>(fitnah+dosa besar)=(marah<gaduh<bunuh+ dosa besar)
=3 dosa+3 dosa besar( kesimpulannya)
jawapannya?????
anda dapat jawapannya? aku tahu, mesti korang akan dapat jawapannya DOSA BESAR bukan?  #mungkin.
tetapi jawapan sebenarnya ialah NERAKA!!!!

Neraka kawan-kawan, mahukah korang semua masuk ke dalam neraka??? Alah, panas di bumi sahaja sudah mengadu kepanasan. Mana mungkinkan mahu pergi ke neraka jahanam sana.

     Oleh itu kawan-kawan jauhkanlah sikap bangga diri itu.Tolong jauhkan ye? Kita janganlah bagi si syaitan laknattullah itu kemenangan walaupun sebesar telur hama. Jangan sama sekali. Ingat!!!
Dan aku ingin memberi korang semua satu rahsia besar. Tetapi selepas aku bagi tahu korang, ini bukan lagi satu rahsia bukan, so aku tak kisahlah if korang nak cerita dengan orang lain. Sebenarnya BANGGA DIRI INI ADALAH SIFAT ATAU LEBIH KEPADA HAK ALLAH. Maka kita tidak boleh meniru perkara itu.

sekian dari suff untuk kawan-kawan...

Friday, October 28, 2011

MISTERI MASA

OKLAH, kali ini aku nak kongsi dengan anda semua tentang masa. MASA!!! banyak yang dapat kita ceritakan tentang masa, masa silam, masa gembira sedih, masa yang disia-siakan, dan masa akan datang. Tetapi kali ini aku nak share kat korang semua tentang masa akan datang. Banyak cerita yang dapat kita bualkan jika topik masa akan datang ini dibentang. Ianya bukan sahaja di ruang-ruang dunia tanpa sempadan ini, malah warung-warung kopi dan di mana-mana sahaja isu ini hebat diperdebatkan. Namun adakah kebenaran dapat diperolehi daripada setiap cerita itu? Ha! mari kita fikirkan bersama. MASA adalah kuasa ALLAH untuk ummat islam, dan bagi manusia yang berpegang kepada agama,, MASA adalah hak tuhan masing-masing. Sekiranya manusia biasa diberi hak untuk memiliki kuasa memanipulasikan masa, maka ianya bukan lagi kuasa Allah ataupun Tuhan. Berdasarkan daripada surah khafi yang terdapat didalam al-Quran, ianya menceritakan tentang beberapa orang sahabat yang ditidurkan oleh Allah, dan mereka tertidur dalam satu masa yang sangat lama. Sehingga mereka merentasi beberapa peradabaan manusia. Hal ini dijelaskan hanya Allah sahaja yang mampu memanupulasikan masa.
    Kawan-kawan sekalian, jelas disini menukjukkan bahawa masa bukanlah urusan manusia. Sememangnya terdapat beberapa cerita yang hebat  berkenaan masa diperdebatkan diruang legar maya ini namun, fakta yang diberikan oleh para-para PERENTAS MASA ini masih lagi diragui walaupun mereka berusaha menegakkan BENANG YANG BASAH ini. Rakan-rakan tidak berasa aneh? Mengapa  cerita berkenaan merentasi masa ini hanya dihebahkan oleh manusia-manusia yang tinggal di BARAT sana. Tidak pula orang-orang daripada asia ataupun orang-orang arab yang merentasi masa. Hairan bukan??? Saya tidak mahu mengupas cerita ini dengan lebih lanjut  lagi. Sekarang saya memberikan rakan-rakan satu peluang untuk berfikir tentang masa ini. Saya bukan sesiapa, hanya manusia biasa seperti anda semua, Maka marilah kita berfikir bersama, mampukah manusia mencipta sesuatu berkaitan dengan masa selain JAM???
      Akal yang diberikan jangan disalah guna, otak yang dikurniakan mari guna semaksimanya. sekian..

Sunday, October 23, 2011

CHILDSCAPE EPISODE 1






PERHATIAN!!! SILA MATIKAN RADIO DI SEBELAH KANAN ITU, UNTUK KESELESAAN MENONTON VIDEO INI. HARAP MAKLUM.

OK,  actually aku buat video ini just untuk suka-suka. Mana-mana pihak yang tidak berkenan silalah JANGAN tengok untuk kali kedua video ini. Aku tau ko dah tengok tadi kan? hahaha... so kepada kawan-kawan yang rasa nak bagi rating or coment teramat-amat dialu-alukan. dan perkara yang mendukacitakan saya adalah video ini tidak boleh di tonton di (YOUTUBE) kerana terdapat beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan. Terima kasih juga di ucapkan kepada jurucamera saya saudara FAIZULHILMI dan semua "pelakon-pelakon" yang terlibat.
SELAMAT MENONTON...


Saturday, October 22, 2011

HARI MINGGU "BERNILAI ATAU TIDAK?"

Hari minggu....
tiba-tiba lak aku rasa nak tulis tentang hari minggu... apa yang ada dengan hari minggu? ia hari jelakan?Tetapi bagi, sesetengah golongan manusia  hari minggu merupakan satu hari yang sangat bernilai, dan bagi beberapa golongan manusia pula memandang hari minggu seperti hari-hari yang biasa sahaja. Siapa yang menghargai hari minggu? Dan siapa pula yang tidak menghargai hari minggu itu pula. Jawapannya ialah:
MENGHARGAI
1. Pekerja (awan dan swasta)-istilah pekerja ini ialah mereka yang bekerja untuk mendapatkan habuan(gaji).
2. Pelajar(sekolah rendah, menengah,form6,matrik,asasi,IPTA & IPTS)- sesape yang sedang belajarlah.
3. Anak-anak(yang masih kecil)-mahu bersama ibubapa mereka, bersuka ria, berjalan-jalan.
4. dan selanjutnya...nak listkan takut korang malas nak baca. kan???

TIDAK MENGHARGAI
1. Bos(pemilik perniagaan atau perusahaan)-menganggap hari minggu tidak mendatangkan hasil jika bercuti."rugi". Lebih baik mereka berkerja seperti biasa boleh mendatangkan keuntungan kepada mereka.
2. pelajar(tapi yang mana gila-gila punya strugle)-ini masalah juga, mereka hanya mahu belajar sahaja, bagi mereka selagi tidak mendapat apa yang mereka impikan(grade, degree, master, phD dan selanjutnya) mereka akan terus belajar. Jangan jadi seperti mereka kerana ini tidak normal."saya rasa anda semua pun setuju bukan?"
3. dan selanjutnya lah."padahal dah tak ada modal nak merepek"

So... konklusinya ialah, hari minggu ini seharusnya digunakan dengan sewajarnya. Gunakan hari ini secara semaksima yang mampu. Namun isilah hari minggu dengan perkara yang berfaedah sahaja. "INGAT JANGAN NAK MEMBUTA SAHAJA!!!" ingat tu...hehehe. Akhir kata sayangilah hari minggu anda.

KAWAN

Teman, Rakan, Sahabat, Kawan.......
Ok, kali ini, aku nak bincang topik berkenaan perkara di atas tu. Apa definisi teman, rakan, sahabat dan kawan bagi anda semua? semestinya pelbagai  definisi dapat anda berikan. Mungkin. Ini adalah beberapa pendapat yang dapat aku berikan berkenaan perkara ini. Aku ulang lagi, teman, rakan, sahabat dan kawan, di atas kertas perkataan ini hanyalah sekadar perkataan.

TEMAN : wow! satu istilah yang sangat sukar kita dengar dari mulut manusia. "hye Ali, ini Ahmad." jelas Abu dengan tersenyum. Ahmad menghulurkan tangannya kepada Ali. Ali menyambut tangan Ahmad tanda salam pertama mereka. "Ali, Ahmad ini TEMAN baru kita." NAH!!! Janggalkan? so apa pendapat anda semua?
RAKAN : "Kita kan RAKAN." peh ini lagu satu.  mana mungkin istilah rakan ini digunakan dalam bahasa seharian kita. walhal istilah rakan ini enak didengari.
SAHABAT : "Awak nak jadi SAHABAT saya?" hah. kamu semua pernah guna istilah itu? tak pernahkan? sememangnya sukarlah.
KAWAN : hah, ini lah istilah yang sering kali kita gunakan... "ini kawan saya", "kau kan kawan aku", "awak nak jadi kawan saya?" ayat-ayat ini sering digunakan sebagai bahasa pertuturan harian kita.

Bagi anda siapa yang lebih bernilai? TEMAN? RAKAN? SAHABAT? KAWAN? itu lah persolalnanya. kita sentiasa keliru. ramai orang, bermakna bukan semuanya, mengatakan bahawa teman, rakan, sahabat ini lebih bernilai, hal ini kerana mereka hanya seorang dua sahaja dalam hidup kita. Tapi apa pula yang jadi kepada kawan itu? hah! jawab. "hehehehe" baiklah ini pendapat aku, sebenarnya istilah-istilah ini semuanya membawa maksud yang sama. namun beberapa orang yang terlalu pandai telah membeza-beza istilah ini menjadikan ia terlalu spesifik sehingga ramai orang menyalah ertikan maksud istilah-istilah ini.
Ingatlah kawan-kawan, teman-teman, rakan-rakan, sahabat-sahabat. kita semuanya sama. SAMA ok? tolonglah jangan buat dinding perbezaan antara kita. i begging you. Dinding seperti inilah yang menyebabkan berlakunya. KAWAN MAKAN KAWAN, KAWAN JADI LAWAN. kita perlu ubah sikap dunia jahiliah ini. sayanglah antara satu sama lain. dan bagi  ummat islam kita bukan sahaja kawan namun kita SAUDARA. sekian.

Friday, October 21, 2011

ROBERTO BURLE MARX


NAME                : ROBERTO BURLE 
                               MARX
BIRTH DATE     : 4TH AUGUST 1909
BIRTH PLACE   : SAU PAULO
DEATH DATE   : 1994 (84 YEARS OLD)
DEATH PLACE : RIO DE JANIERO

 
PERSONAL BACKGROUND
1913                 = MOVED TO RIO DE JANNEIRO.
1928–1929       = STUDIED PAINTING IN BERLIN.
1932                = 1ST LANDSCAPE PROJECT (PROJECT GARDEN OF A HOUSE).
1949                = BOUGHT A 365000M2 ESTATE IN BARRA DE GUARATIBA.
1955                = FOUNDED A LANDSCAPE COMPANY AND LANDSCAPE STUDIO (
                          BURLE MARX & COMPANY / BURLE MARX & CIA LTDA .
1965                = HARUGOSHT ONA A LANDSCAPE ARCHITECT BECAME HIS PARTNER.
1985                = DONATED ESTATE OF BARRA DE GUARATIBA TO A FEDERAL
                          GOVERNMENT CULTURAL  ORGANIZATION (I.P.H.A.N)
1994               = DIED IN RIO DE JANEIRO


AWARDS
1953      =  LANDSCAPE ARCHITECTURE PRICE AT 2ND INTERNATIONAL EXHIBITION OF
                 ARCHITECTURE.
                *SANTOSBUMENT MEDAL OF BRAZILLIAN GOVERMANT.
1959      =  TITLE OF THE KNIGHT OF ORDER OF THE CROWN FROM BELGIUM
              *DIP D’HONNEUR IN PARIS.
1965      = FINE ART MEDAL OF AMERICAN INST OF ARCHITECTURE IN WASHINGTON.
1982      = DOCTOR OF ROYAL COLLEGE OF ART LONDON.
             *HONORY DOCTORATE FROM QUEEN OF HOLLAND
1985      = GREENFELDER AWARD AND THE KENTUCKY BOTANIC  GARDEN AWARDED BY
               MISSOURI BOTANICAL GARDEN.
       PHILOSOPHY OF DESIGN
·       IMPORTANT NATURAL FACTOR IN THE DESIGN OF A GARDEN IS LIGHT.
·       LIGHT CAN TRANSFORM GARDEN BY CHANGING MOOD FROM MELANCHOLY TO BRIGHT AND  CHEERFULL.
·       HAS THE ABILITY TO PREDICT WHAT PLANTS WILL GOING TO LOOK LIKE IN DIFFERENT SEASONS AND AT CERTAIN TIME.
·       EMPHASIS IS VARIOUS PART IN BY LAYING DOWN STRONG CONTRASTING COLOURS.
·       LARGE BLOCKS OF ONE COLOUR HAVE MORE IMPACT.

Wednesday, October 19, 2011

childSCAPE




"PINK!!!!!!!!!!!!!"
Warna yang sangat menarikkan?
hahahahaha
bila aku ingat saat aku pakai baju itu, sungguh aku tidak sangka aku sedang memakai baju yang berwarna pink. Agak kelakar jugalah namun itulah kenyataannya.

ok....
Sekarang kita cerita sedikit berkenaan childscape.
Program ini telah berlangsung, (berlangsung? macam aneh ayat ini.) "ok kita guna dilaksanakan." Program ini telah dilaksanakan di Melaka, tempatnya saya lupalah, namun apa yang saya ingat kaki bukit gunung ledang.

fakta:
" daripada penyelidikan yang telah dilakukan oleh beberapa pakar yang berjaya, mereka menyimpulkan bahawa kem yang kami gunakan itu agak KERAS!!! ha! keras macam mana kami tidak tahu jugalah. Ada juga sumber-sumber lain menyatakan bahawa kawasan tersebut merupakan tempat HANG TUAH dan PUTERI GUNUNG LEDANG bermadu ASMARA"

Pelbagai program yang telah dianjurkan oleh pihak yang berkaitan, antaranya, berdansa, explorace, masak-memasak, main api, main kahwin-kahwin dan sebagainya. Banyak ilmu dan pengalaman dapat kami kutip di kem tersebut. Apa yang tidak dapat saya lupakan disana ialah setiap pokok mangga di sana telah disembur racun oleh serangga. 
     Akhir kata kalau ada pasang angan-angan mahu jumpa puteri gunung ledang, HUH!!! jangan nak merepek, orang itu comfirm-comfirm dah mati. 
    Harapan saya adalah semoga anak-anak kecil tidak melihat drama melayu kerana, drama melayu hanya MEMBUANG MASA mereka, ibubapa bawalah anak-anak kamu pergi mengaji atau belajar solat daripada tengok televisyen itu, sure you all boleh belajar sekali.(manalah tahu masing-masing JAHIL lagi dalam bab agama).

Salam perpisahan permisi diri.
eusuffcarl
 







 Assalamualaikum w.b.t... salam sejahtera, salam 1 Malaysia.


copyright by @ eusuffcarlworld sebarang peniruan adalah tidak dibenarkan