Saturday, October 29, 2011

BANGGA DIRI???



       HISH!!!!! apa ni??? ada ke kata aku bangga??? tak patut betollah. Aku bukan nak marah, or what everlah. Kata orang tua, bangga diri itu sesuatu yang tidak sepatutnya wujud dalam diri kita. Mungkin ada sebab mereka yaang tersendirikan? Apa kata kita sebagai generasi muda memikirkan tentang perihal itu. Mula-mula aku nak bawa korang semua pergi ke satu dunia, dunia fantasi yang dicipta khas oleh aku iaitu, DUNIA EUSUFF CARL.
 
     Bangga diri, satu istilah yang amat besar untuk kita perdebatkan. Pelbagai contoh dan akibat bangga diri dapat kita fikirkan. Benar ke tidak? Benar bukan? BIASALAH AKU YANG CAKAP MESTILAH BETUL KAN? hah!!!Ini satu contoh bangga diri  yang dapat aku beri. Mari kita kaji. Kenapa aku bangga diri? jawabnya ialah, pada setiap masa syaitan akan memerhatikan kita, ini adalah BENAR!!! syaitan tidak pernah melepaskan pandangannya pada kita, dan mereka tidak pernah jemu menghasut kita. Maka, bisikan merekalah yang telah menyebabkan kita bangga diri, tetapi ia hanyalah berjaya untuk tiga kali sahaja. Kenapa??? Sebab, selepas tiga kali mereka berjaya membuat kita banggga diri, maka dengan automatiknya, kita akan bangga diri sendiri untuk kali ke empat. Ianya adalah disebabkan oleh pengalaman kita yang lepas. Jika kita bangga diri untuk kali ke lima dan seterusnya ia adalah disebabkan kita telah bersatu dengan jiwa yang baru dilahirkan daripada sifat bangga diri itu. Maaf sangat-sangat, teori ini amatlah merumitkan. Tetapi aku berharap sangat rakan-rakan dapat memahaminya.

      Mari kita lihat kesan daripada bangga diri ini. Orang akan bercakap tentang kita. Bukan tentang kebaikan kita, tetapi tentang keburukan kita. Alah, keburukan kita BANGGA DIRI tadilah. HAH!!! baru korang taukan. Bila  mereka bercakap tentang kita, maka terhasilah lagi kejayaan sang syaitan itu. Mereka dapat menghasilkan manusia yang mengutuk dan mengata sesama sendiri. Kesan paling ketara adalah, kita telah menyebabkan orang lain memperolehi DOSA. Fahamkan? Dosa itu berpunca daripada kita, walaupun kita tidak menyedarinya. ianya saling berkaitan kawan-kawan. Ibarat satu rantaian yang ampuh, dimana ia amat sukar untuk dipatahkan.

     Baiklah aku nak bagi korang satu formula. Bukan formula sains or math lah.

>>>(bangga diri+dosa)=(orang mengata/mengutuk+dosa)
>>>(mengata/mengutuk+dosa)=(fitnah+dosa besar)
>>>(fitnah+dosa besar)=(marah<gaduh<bunuh+ dosa besar)
=3 dosa+3 dosa besar( kesimpulannya)
jawapannya?????
anda dapat jawapannya? aku tahu, mesti korang akan dapat jawapannya DOSA BESAR bukan?  #mungkin.
tetapi jawapan sebenarnya ialah NERAKA!!!!

Neraka kawan-kawan, mahukah korang semua masuk ke dalam neraka??? Alah, panas di bumi sahaja sudah mengadu kepanasan. Mana mungkinkan mahu pergi ke neraka jahanam sana.

     Oleh itu kawan-kawan jauhkanlah sikap bangga diri itu.Tolong jauhkan ye? Kita janganlah bagi si syaitan laknattullah itu kemenangan walaupun sebesar telur hama. Jangan sama sekali. Ingat!!!
Dan aku ingin memberi korang semua satu rahsia besar. Tetapi selepas aku bagi tahu korang, ini bukan lagi satu rahsia bukan, so aku tak kisahlah if korang nak cerita dengan orang lain. Sebenarnya BANGGA DIRI INI ADALAH SIFAT ATAU LEBIH KEPADA HAK ALLAH. Maka kita tidak boleh meniru perkara itu.

sekian dari suff untuk kawan-kawan...

0 comments:

Post a Comment

copyright by @ eusuffcarlworld sebarang peniruan adalah tidak dibenarkan